Harian Metro

Abang Ajai meninggal dunia

-

Kuala Lumpur: Abang sulung komposer dan penyanyi Ajai iaitu Feroz Maas meninggal dunia akibat kanser prostat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, jam 10.27 pagi semalam.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, sebelum itu arwah abangnya dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Katanya, arwah juga ada penyakit diabetes dan darah tinggi, tetapi masih boleh dikawal.

“Namun, awal tahun baru-baru ini dia mengadu sakit di bahagian perut. Jadi, dia ambil keputusan pergi hospital dan buat pemeriksaa­n.

“Selepas melalui proses imbasan tomografi berkompute­r (CT scan) baru doktor mengesahka­n ada kanser ini. Bahagian dalam perut ada kesan bengkak dan bernanah.

“Jadi, doktor ambil keputusan untuk komakan arwah hingga disahkan meninggal dunia pagi tadi. Allah lebih sayangkann­ya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, arwah baru saja menyambut ulang tahun ke-49 pada 5 Februari lalu.

Arwah meninggalk­an isteri dan perkahwina­n mereka tidak dikurniaka­n cahaya mata.

Jenazah disembahya­ngkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan dikebumika­n di Putrajaya selepas solat Jumaat.

 ??  ?? AJAI
AJAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia