Harian Metro

DUA JAM DISIASAT

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali cnews@nstp.com.my

 Nik Mohamad Abduh hadir bantu siasatan RM90 juta

Hampir dua jam Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai dakwaan PAS menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau berbaju Melayu putih tiba di SPRM pada jam 10.20 pagi dengan memandu kereta sendirian sebelum keluar dari pekarangan pejabat itu pada jam 12.30 tengah hari.

Nik Abduh ketika ditemui berkata, beliau memberi keterangan berhubung beberapa perkara termasuk laporan berhubung wang RM90 juta.

“Mereka yang membuat laporan terhadap saya sebenarnya salah orang kerana kalau RM900 saya ada, kalau RM90 juta saya tidak ada.

“Saya membuat kenyataan dan saya tidak ada maklumat berhubung duit itu (RM90 juta). Sepanjang bagi keterangan, mereka (SPRM) duk menulis sahaja,” katanya di sini, semalam.

Ketika ditanya berhubung penyebaran rakaman audio yang membabitka­n wang RM90 juta, beliau menjawab pendek kerana tiada kaitan dengan rakaman itu.

“Saya sudah jawab sebelum ini benda itu adalah karut, fitnah dan sebagainya...terima kasih kepada yang melapor.

“Saya juga tanya mereka (siapa lagi akan dipanggil) dan mereka (SPRM) tidak memberitah­u yang mungkin itu urusan mereka.

“Saya tidak fikir akan dipanggil balik kerana mereka salah orang,” katanya.

Selain Nik Abduh, Ahli Dewan Negara Datuk Husam Musa dan bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa turut dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, semalam.

Mereka ialah antara empat individu disenarai awal oleh SPRM sebagai saksi penting bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima RM90 juta dikatakan daripada 1MDB.

 ??  ?? NIK Mohamad Abduh di SPRM Kelantan.
DR Nasharudin di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
NIK Mohamad Abduh di SPRM Kelantan. DR Nasharudin di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia