Harian Metro

Sebab Hadi tarik balik saman fitnah

-

Marang: Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mendakwa saman fitnah yang difailkan terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dibuat menggunaka­n nama beliau dan bukan nama parti sedangkan tuduhan dibuat pihak berkenaan atas nama parti.

Menurutnya, faktor itu menyebabka­n tuntutan saman fitnah terhadap Clare ditarik balik, selain faktor sistem perundanga­n dua negara yang berbeza dan tidak mahu membuang masa di mahkamah.

“Kita berasakan tak guna kita habiskan masa di mahkamah dan peguam juga nasihat supaya kita tarik balik saman kerana kita nak buat kerja lain.

“Apa lagi undang-undang Britain dan Malaysia lain. Di Britain, kes seperti ini kena dibawa atas nama peribadi, tak boleh atas nama parti, sedangkan tuduhan mereka (Sarawak Report) kepada parti.

“Hendak bawa di England atas nama parti tak boleh. Itu dah berlaku kelainan. Apabila berlaku kelainan ini, kita melihat kita dah menang moral di situ, (jadi) kita batalkanla­h (tuntutan),” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Rusila di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan memuktamad­kan penyelesai­an luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Clare yang juga Editor Sarawak Report yang difailkan di Mahkamah Tinggi London.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujua­n selepas Hadi meneliti semua aspek keseluruha­n tindakan mahkamah yang difailkan terhadap Clare selaku defendan dan mempertimb­angkan pandangan serta nasihat peguam.

Clare turut menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi dan kedua-dua pihak turut bersetuju tiada perintah berkaitan kos.

Ditanya mengenai kutipan tabung khas yang dilancarka­n PAS pada 26 Jun 2017 untuk meminta sumbangan bagi membayar yuran guaman kes berkenaan, Hadi berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar kutipan yang dikumpul.

“Itu dalam pengetahua­n bendahari (parti). Tiada dalam pengetahua­n saya,” katanya.

Ditanya apakah yang akan dilakukan dengan wang terkumpul dalam tabung sumbangan berkenaan Hadi menjawab: “Ahli kita lebih suka kalau duit itu dibelanjak­an untuk keperluan lain dan kegiatan parti. Kita akan gunakan untuk aktiviti lain. Ahli kita lebih suka begitu,” katanya.

 ??  ?? HADI
HADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia