Harian Metro

Tahan 3 individu termasuk ibu bayi mati dalam lori sampah

-

Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang juga ibu kepada bayi perempuan yang ditemui meninggal dunia dalam lori sampah di kawasan perumahan di Presint 18, Putrajaya kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dua lelaki yang ditahan adalah bapa remaja perempuan itu yang berusia 43 tahun dan teman lelakinya berumur 17 tahun.

“Kedua-dua lelaki terbabit direman bermula 8 (semalam) hingga esok (hari ini) manakala remaja perempuan terbabit direman bermula 8 hingga 11 Februari.

Mazlan berkata, siasatan mendapati bayi perempuan itu dilahirkan jam 11.30 pagi pada 6 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia