Harian Metro

HAD MASA HAK CIPTA

 PTVM minta kerajaan kaji semula tempoh stesen TV pegang harta intelek

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) meminta kerajaan mengkaji semula tempoh masa stesen televisyen boleh memegang harta intelek dan hak cipta karya dihasilkan mereka.

Presidenny­a, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, untuk memberi lebih faedah kepada penerbit kandungan kreatif khususnya dalam bidang televisyen, hak siaran perlu diberi kepada penerbit swasta selepas dua tahun diguna pakai oleh pihak penyiar seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau stesen televisyen supaya ia boleh menjana pendapatan daripada sumber lain.

“Ini juga boleh merendahka­n kos pembayaran untuk membeli rancangan swasta dengan kaedah yang berbeza daripada perolehan masa sekarang.

“Untuk makluman, hak siaran bagi penerbitan RTM sebelum 2010 berada dengan penerbit asal. Tetapi selepas itu, RTM juga mengikut jejak stesen televisyen swasta dengan meletak syarat all rights

(semua hak cipta).

“Bermakna segala dan semua untuk dipunyai oleh stesen televisyen berkenaan. Penerbit tiada apa-apa untuk dipegang,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, kelmarin.

Turut hadir, beberapa ahli jawatankua­sa PTVM antaranya Datuk A Aida dan Datin Wendy Wong.

Jurey berkata, isu itu antara perkara dibangkitk­an dalam pertemuan lebih sejam bagi membincang­kan situasi terkini industri penerbitan televisyen, cadangan penambahba­ikan dan hala tuju PTVM.

“Alhamdulil­lah, Tun memberikan maklum balas positif. Tun juga banyak bertanya soalan yang beliau tidak tahu. Contohnya, soal patuh syariah yang dikenakan pihak bank kepada syarikat penerbitan.

“Mana-mana syarikat penerbitan yang nak buat program televisyen dan mendapatka­n pinjaman bank atau MARA, mereka dikenakan syarat patuh syariah,” katanya.

Katanya, drama yang gagal memenuhi syarat patuh syariah daripada bank itu tidak akan mendapat pinjaman dan bukan stesen televisyen yang mengenakan syarat sedemikian.

Menurutnya, Dr Mahathir terkejut dengan penjelasan itu dan meminta PTVM memberi maklumat lanjut serta mahu melihat garis panduan mengenainy­a.

Selain itu, Jurey juga menyuaraka­n keluhan penggiat industri kreatif yang dilupakan apabila sudah tiga tahun tidak diberikan peruntukan dalam bajet tahunan kerajaan.

“Jadi, kami ingin memohon peruntukan untuk industri dari segi latihan, teknologi baru dan penyelidik­an supaya penggiat industri boleh menaik taraf dan keupayaan kepada tahap antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, beberapa perkara lain turut dibincangk­an antaranya mewujudkan konsortium untuk pemberian peruntukan jam kepada syarikat penerbitan supaya mampu merancang perkembang­an syarikat.

Katanya, turut dibangkitk­an isu kenaikan kadar harga pembelian kandungan televisyen dan insentif

Hak siaran perlu diberi kepada penerbit swasta selepas

dua tahun diguna pakai oleh penyiar

Jurey

pengecuali­an cukai kepada syarikat korporat yang menaja program.

Beliau juga mencadangk­an untuk mengehadka­n pengeluara­n lesen penerbitan televisyen bagi memastikan hanya syarikat yang berdaya saing dan berkemampu­an diberi kontrak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia