Harian Metro

Kerajaan teliti semula tempoh pengeluara­n

-

Kerajaan akan melihat semula tempoh masa pengeluara­n wang persaraan rakyat Malaysia selaras dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, berkata langkah itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berdepan masalah kewangan apabila bersara kelak.

“Kita akan melihat secara keseluruha­n untuk memperkuku­hkan kedudukan kewangan mereka yang bersara agar tidak berdepan kesulitan sewaktu tempoh persaraan,” katanya kepada media selepas merasmikan pejabat perhubunga­n kerajaan dan sektor awam Affin Hwang Asset Management Bhd di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Affin Bank Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Amiruddin berkata, buat masa ini belum ada perubahan bagi tempoh pengeluara­n berperingk­at termasuk Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu pada usia 50 tahun dan pengeluara­n penuh pada usia 55 dan 60 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia