Harian Metro

RAHSIA JEEP

 Angsa jantan bertelur, eram bawah pokok serai

- Nur Saliawati Salberi am@hmetro.com.my

“Saya sangka Jeep sakit kerana tidak aktif seperti biasa, tetapi jangkaan itu meleset apabila angsa jantan ini bertelur dan turut mengeram telurnya,” kata pemilik angsa, Sulaiman Abd Rahman, 55.

Sulaiman berkata, dia berasa pelik apabila angsa jantan peliharaan yang digelar Jeep itu tiba-tiba bertelur, Isnin lalu.

“Saya membela Jeep dan seekor lagi angsa betina dinamakan Rose sejak setahun lalu selepas membelinya daripada saudara terdekat untuk menjaga kawasan rumah.

“Seminggu sebelum bertelur, gelagat Jeep berubah apabila menjadi lebih manja selain hanya makan makanan di tangan saya. Makanan dalam bekas langsung tidak disentuhny­a.

“Pagi Isnin ketika bermain dengan cucu di halaman rumah, saya pelik lihat Jeep tidak bermaya di bawah rimbunan pokok serai wangi sebelum tahu rupa-rupanya ia bertelur,” katanya di kediamanny­a di Jasin Bestari, semalam.

Sulaiman berkata, terkejut melihat situasi itu, dia memaklumka­n kepada isteri dan anak yang menyangkak­an dia bergurau dan membuat lawak.

Katanya, telur diperam Jeep milik haiwan itu kerana Rose yang bertelur kali ketiga pada waktu sama turut mengeramka­n telurnya sendiri di dalam reban.

“Sewaktu melihatnya pada jam 9.30 pagi (Isnin) hanya ada empat telur sebelum bertambah tiga lagi dua jam kemudian dan pada keesokkany­a, jumlahnya bertambah menjadi lapan.

“Sejak hari itu, Jeep hanya berada di bawah rimbunan serai wangi dan sesekali ke rebannya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak percaya dengan situasi dialami selain turut mendapatka­n pandangan rakan dan pengusaha angsa berpengala­man.

“Kalau dua-dua angsa ini betina, bagaimana Rose boleh bertelur selain saya pasti mereka berlainan jantina berdasarka­n perbezaan pada bawah perut,”katanya.

Katanya, lebih mengejutka­n apabila diberitahu pokok serai wangi yang menjadi teduhan Jeep bertelur yang asalnya tidak berbunga tetapi mula berbunga.

 ??  ?? SULAIMAN memberi makan pada Jeep yang berteduh dan mengeram telurnya di bawah pokok serai wangi.
SULAIMAN memberi makan pada Jeep yang berteduh dan mengeram telurnya di bawah pokok serai wangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia