Harian Metro

Pasaran hartanah terlebih bekalan

-

Kuala Lumpur: Terlebih bekalan dalam pasaran hartanah terus menjadi isu yang hangat diperkatak­an dan soal kemampuan pembeli menjadi perkara utama.

Pengurus Negara PropertyGu­ru Sheldon Fernandez berkata, terlebih bekalan dalam pasaran hartanah lebih tertumpu pada rumah lebih mahal, sama ada rumah bertanah atau bangunan tinggi, walaupun lebih tertumpu pada kondominiu­m dan apartmen.

Beliau berkata, soal kemampuan kekal menjadi masalah besar dan berdasarka­n kaji selidik, 92 peratus rakyat Malaysia mahu memiliki rumah sendiri.

“Dengan itu, Dana BNM untuk rumah mampu milik hanya menawarkan penyelesai­an bagi rumah berharga sekitar RM150,000. Bagaimanap­un, menurut penyelidik­an PropertyGu­ru, ramai yang mencari rumah di bawah harga RM300,000,” katanya.

Menurut Indeks Pasaran PropertyGu­ru, Fernandez berkata, pasaran berada dalam situasi terlebih bekalan di kawasan utama negeri kerana harga rumah yang baru dilancarka­n tidak sepadan dengan tahap pendapatan orang ramai.

“Isu tiada kenaikan gaji berbanding harga hartanah yang terus meningkat adalah perkara serius dan memerlukan penyelesai­an ekonomi makro,” katanya.

Indeks Pasaran PropertyGu­ru bagi 2018 turut menunjukka­n berlaku terlebih bekalan dalam pasaran dengan harga permintaan terus mencatatka­n penurunan sebanyak 2.3 peratus tahun ke tahun.

“Kami sentiasa menekankan bahawa kadar faedah lebih rendah akan dapat meningkatk­an keupayaan pembiayaan dan pembayaran balik rakyat Malaysia dan adalah sesuatu yang amat baik untuk melihat ia diterjemah­kan dalam dana itu pada 3.5 peratus setahun,” katanya.

 ?? Sheldon Fernandez ?? Isu tiada kenaikan gaji berbanding harga hartanah yang terus meningkat adalah perkara serius dan memerlukan penyelesai­an ekonomi makro”
Sheldon Fernandez Isu tiada kenaikan gaji berbanding harga hartanah yang terus meningkat adalah perkara serius dan memerlukan penyelesai­an ekonomi makro”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia