Harian Metro

Tunggu Tun M umum status ECRL

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat pengumuman penting berhubung status pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila tiba masanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu sudah pun dipersetuj­ui, melainkan adanya arahan daripada perdana menteri supaya menteri kanan boleh mengeluark­an kenyataan berhubunga­n perkembang­an projek mega berkenaan.

“Isu ECRL kini membabitka­n perbincang­an kerajaan Malaysia dan China. Ia adalah isu besar yang mana hanya perdana menteri akan mengeluark­an sebarang kenyataan.

“Ia bukan perkara mudah dan apabila tiba masa yang sesuai Tun Dr Mahathir akan umumkan sesuatu. Jika ada kebenaran (perdana menteri) barulah menteri lain boleh keluarkan kenyataan.

“Kerajaan tidak mahu kenyataan yang dikeluarka­n bercanggah kerana isu ini sangat penting kepada negara,” katanya selepas merasmikan pejabat perhubunga­n kerajaan dan sektor awam Affin Hwang Asset Management Bhd, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Affin Bank Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Baru-baru ini, Mahathir menegaskan projek ECRL masih dalam rundingan dengan pihak berkaitan dan beliau masih tidak boleh memaklumka­n status perkembang­an projek berkenaan kerana masih menunggu keputusan rundingan itu.

 ??  ?? PROJEK ECRL di Bentong.
PROJEK ECRL di Bentong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia