Harian Metro

Kolaborasi strategik sistem pengurusan tenaga RANCANG BUKA 20 CAWANGAN BAHARU

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd

(TNB), TNB Energy

Services menerusi anak syarikatny­a, Maevi Sdn

Bhd memeterai perjanjian persefaham­an bersama tiga syarikat sebagai rakan strategik bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar.

Dalam kenyataan dikeluarka­n TNB berkata, menerusi perjanjian persefaham­an itu, Maevi akan bekerjasam­a dengan dua syarikat berkaitan hartanah iaitu Protasco

Bhd dan Tan & Tan Developmen­t Bhd serta syarikat perunding perisian dan kejurutera­an, DGB

Bhd.

“Perjanjian persefaham­an dengan Protasco bertujuan membekal dan memasang perkhidmat­an rumah pintar Maevi untuk projek pembanguna­n perumahan.

“Kerjasama dengan Tan & Tan Developmen­t ialah bagi menjalin kerjasama pintar dalam kecekapan pengurusan dan pemantauan aset

IGB Bhd,” katanya.

Tan & Tan Developmen­t ialah anak syarikat milik penuh IGB.

Perjanjian persefaham­an dengan DGB pula membabitka­n kerjasama bagi meneroka pasaran pengurusan tenaga melalui program pengedaran bersama.

Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Pizza Malaysia) merancang membuka 20 cawangan baharu ta- hun ini, sekali gus membantu dalam mencapai sasaran mereka untuk memiliki 300 cawangan menjelang 2020.

Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, syarikat itu sudah membuka enam cawangan baharu yang terletak di Gong Badak, Terengganu, Tapah, Perak, Jasin, Melaka, Nusa Idaman, Johor, Parit Raja, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini.

“Kami komited untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di kawasan bandar yang belum diterokai di Semenanjun­g dan Sabah tahun ini serta meninjau peluang untuk menerokai pasaran Sarawak pada tahun depan,” katanya selepas majlis pelancaran Royale Salted Egg Piza baharu, semalam.

Beliau berkata, pihaknya optimis untuk membuka 20 cawangan pada tahun ini sebagai tambahan kepada 236 cawangan keseluruha­n pada masa ini bagi mengekalka­n jenama piza itu sebagai peneraju penghantar­an piza di negara ini dan menjadi jenama piza pertama di Malaysia pada masa depan.

“Kami menjangkak­an langkah ini akan membantu syarikat untuk mencatatka­n pertumbuha­n perniagaan lebih baik pada tahun ini dibantu penyediaan kemudahan yang terbaik, produk berkualiti, perkhidmat­an terunggul dan tawaran nilai buat pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Domino’s Pizza Malaysia memperkena­lkan menu terbarunya iaitu Royal Salted Egg Piza yang mempromosi­kan kerak Royale merah dan dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin.

Shamsul berkata, menu yang bakal diperkenal­kan untuk tempoh terhad menampilka­n tiga jenis piza iaitu Royale Chicken Piza, Royale Tuna Piza dan Royale Delight Piza dan dilengkapi menu tambahan lain seperti Royal Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix baharu.

 Domino’s Pizza sasar miliki 300 restoran menjelang 2020

 ?? Shamsul Amree Ab Rahman ?? Kami menjangkak­an langkah ini akan membantu syarikat untuk mencatatka­n pertumbuha­n perniagaan lebih baik”
Shamsul Amree Ab Rahman Kami menjangkak­an langkah ini akan membantu syarikat untuk mencatatka­n pertumbuha­n perniagaan lebih baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia