Harian Metro

‘JERANGKUNG’ DALAM ALMARI

-

 Wanita sangka diganggu hantu sebelum temui lelaki bersembuny­i di dalam rumah

berpunca daripada hantu tetapi sesuatu yang lebih menakutkan iaitu seorang lelaki pelik yang bersembuny­i di dalam almari.

“Saya terdengar bunyi pelik di dalam almari pakaian saya seperti ada haiwan di dalamnya. Apabila saya membuka almari itu saya terkejut apabila menemui seorang lelaki di dalamnya.

“Lelaki itu memakai pakaian, stoking, kasut dan dia juga memegang beg yang penuh dengan baju saya,” katanya kepada agensi berita Fox8.

Menurutnya, dia menghubung­i teman lelakinya untuk meminta bantuan dan penceroboh terus melarikan diri apabila kekasihnya tiba di rumah.

Lelaki itu kemudianny­a ditahan polis di sebuah apartmen berhampira­n dan suspek dikenali sebagai Andrew Swofford berusia 30 tahun.

Pada Isnin lalu, Swofford dipenjara kerana gagal membayar wang jaminan berjumlah AS$26,000 (RM105,720) selepas didakwa atas 14 tuduhan menceroboh dan mencuri.

Walaupun misteri di rumahnya berjaya diselesaik­an, Madie dan polis masih tidak tahu bagaimana lelaki berkenaan boleh masuk ke kediaman itu.

Pihak pengurusan apartmen memberitah­u, pintu rumah wanita itu sentiasa berkunci dan tiada tanda ia dipecahkan.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat menggunaka­n jentera berat untuk mencari
mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan apartmen
lapan tingkat di Istanbul, Turki kelmarin. Angka kematian dalam kejadian itu meningkat kepada 10 orang.
- Reuters
PASUKAN penyelamat menggunaka­n jentera berat untuk mencari mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan apartmen lapan tingkat di Istanbul, Turki kelmarin. Angka kematian dalam kejadian itu meningkat kepada 10 orang. - Reuters
 ??  ?? SWOFFORD yang ditemui bersembuny­i dalam almari pakaian di rumah seorang wanita. - Agensi
SWOFFORD yang ditemui bersembuny­i dalam almari pakaian di rumah seorang wanita. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia