Harian Metro

Wanita maut dimakan babi selepas pengsan

-

Moscow: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila dimakan hidup-hidup oleh beberapa ekor babi yang kelaparan selepas jatuh pengsan di dalam kandang haiwan berkenaan.

Mirror Online melaporkan, petani wanita berusia 56 tahun yang tidak dinamakan itu masuk ke kandang babi untuk memberi haiwan peliharaan­nya makan.

Bagaimanap­un, wanita itu tiba-tiba jatuh pengsan dipercayai akibat serangan sawan.

Menurut laporan media tempatan, beberapa ekor babi di dalam kandang itu kemudian menyerang dan memakan muka, telinga dan bahu wanita malang berkenaan,

Wanita yang berasal dari wilayah Udmurtia, Russia itu mati akibat kehilangan banyak darah.

Mayat mangsa ditemui suaminya yang sudah lama terlantar sakit, namun bangkit untuk mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah.

Ketika ditemui, mayat wanita itu hampir tidak dikenali kerana sebahagian tubuhnya termasuk muka habis dimakan beberapa ekor babi yang dipelihara­nya.

Polis memberitah­u, kes berkenaan sangat mengejutka­n dan mereka tidak pernah menemui kejadian seperti itu sebelum ini.

Jurucakap Jawatankua­sa Penyiasata­n serantau berkata: “Pakar forensik diminta untuk meneliti kes berkenaan bagi memastikan ia ada unsur jenayah atau tidak.” - Agensi

 ??  ?? LOKASI kandang babi di mana wanita itu pengsan sebelum dimakan hidup-hidup oleh haiwan berkenaan. - east2west
LOKASI kandang babi di mana wanita itu pengsan sebelum dimakan hidup-hidup oleh haiwan berkenaan. - east2west

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia