Harian Metro

10 maut pusat latihan Flamengo terbakar

-

Janeiro: Sekurang-kurangnya 10 maut termasuk enam pemain bola sepak remaja dalam satu kebakaran di pusat latihan kelab popular Brazil, Flamengo pada awal pagi semalam, kata pegawai.

Kebakaran dipercayai berlaku di pusat latihan kelab bola sepak berkenaan yang baru dibesarkan kira-kira dua bulan lalu.

Menurut laporan media tempatan, pusat latihan itu turut menempatka­n bangunan asrama untuk pemain remaja.

TV Globo melaporkan, kebakaran itu berlaku di bangunan yang menempatka­n pemain berusia 14 dan 17 tahun.

Ia turut menyiarkan imej dari udara yang menunjukka­n keadaan kebakaran di bangunan itu yang berjaya dikawal selepas dua jam ia terbakar.

“Pemain daripada pasukan remaja Flamengo sedang tidur ketika kebakaran berlaku,” kata jurucakap bomba, Douglas Henaut.

Bagaimanap­un, punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.

Pusat latihan berkenaan dilaporkan tiada bekalan elektrik dan air bersih yang terputus akibat ribut yang melanda Rio de Janeiro sehari sebelum itu.

Stesen televisyen Sportv melaporkan, enam pemain dan empat staf pasukan remaja itu maut dalam kejadian berkenaan.

Kebakaran berlaku pada jam 5 pagi (waktu tempatan) di pusat latihan moden yang terletak di daerah Vargem Grande.

Pemain pasukan utama Flamengo juga berlatih di pusat latihan berkenaan. - Agensi

 ??  ?? ANGGOTA bomba dilihat memeriksa lokasi kebakaran di pusat latihan kelab bola sepak Flamengo di Rio de Janeiro, Brazil semalam. - Agensi
ANGGOTA bomba dilihat memeriksa lokasi kebakaran di pusat latihan kelab bola sepak Flamengo di Rio de Janeiro, Brazil semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia