Harian Metro

PIKUL MAYAT

- Agensi

 Bunuh kekasih isteri sebelum bawa jasad mangsa ke balai polis

Seorang suami memikul mayat teman lelaki isterinya ke balai polis selepas dia membunuh mangsa yang ditemui berdua-duaan dengan wanita itu di bilik tidur di rumah mereka.

Merdeka.com melaporkan, kejadian itu berlaku pada awal pagi Rabu lalu ketika lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Joni, 33, pulang ke rumahnya di Kelurahan Berok, Koba, Kabupaten Bangka Tengah.

Jurucakap polis, Robby Ansyari berkata, Joni keluar rumah pada malam Selasa lalu untuk bertemu rakannya sebelum pulang ke rumah pada jam 1 pagi (waktu tempatan).

“Apabila pulang ke rumah, Joni mengetuk pintu dan memanggil nama isterinya tetapi wanita itu tidak menyahut.

“Kerana curiga, Joni mengintai dari tingkap di bilik tidurnya dan terkejut melihat isterinya yang berusia 25 tahun berada di atas katil dengan seorang lelaki lain,” katanya.

Menurutnya, kerana berang, Joni terus mengambil pisau dan terus memecahkan pintu rumah lalu menyerang pasangan berkenaan.

“Teman lelaki wanita itu yang dikenali sebagai Farel cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi ditikam beberapa kali di badan oleh Joni hingga mati.

“Joni kemudianny­a menggendon­g mayat mangsa ke balai polis berhampira­n untuk menyerah diri,” katanya.

Menurutnya, kerana mangsa terlalu berat, Joni meninggalk­an mayat itu di tepi jalan dan meneruskan perjalanan­nya ke balai polis untuk menyerah diri.

“Ketika disoal siasat isteri suspek mengaku dia berkenalan dengan Farel yang berusia 25 tahun di Facebook dan mereka baru dua kali bertemu,” jelasnya.

 ??  ?? POLIS memeriksa mayat mangsa yang dibunuh suspek sebelum dipikul ke balai polis. - Agensi
POLIS memeriksa mayat mangsa yang dibunuh suspek sebelum dipikul ke balai polis. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia