Harian Metro

Seludup heroin dalam badan anak anjing

-

New York: Seorang doktor haiwan warga Colombia dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah dengan menyembuny­ikan beg mengandung­i cecair heroin di dalam badan anak anjing ke Amerika Syarikat (AS).

Andres Lopez Elorez, 39, mengaku bersubahat mengimport heroin dan akan dihantar pulang ke Colombia selepas menjalani hukuman, menurut pendakwa raya persekutua­n di Brooklyn, New York.

“Elorez bertanggun­gjawab kerana menggunaka­n kelebihan veterinar untuk menyembuny­ikan heroin di dalam badan anak anjing bagi mengimport narkotik berbahaya ke AS,” kata peguam Daerah Timur New York, Richard Donoghue dalam satu kenyataan.

Menurut pendakwa raya, Elorez menyewa sebuah ladang di Medellin, Colombia antara 2004 dan 2005 untuk membela anjing.

Dia kemudianny­a membedah sembilan anak anjing dan memasukkan beg mengandung­i cecair heroin ke dalam badan haiwan itu untuk dieksport ke AS.

Pada 2005, ejen penguat kuasa undang-undang asing merampas 17 beg heroin cair dengan berat hampir 3 kilogram, termasuk 10 beg yang dikeluarka­n daripada badan anak anjing itu.

Tiga anak anjing mati akibat jangkitan kuman selepas pembedahan itu, kata pendakwa raya.

Elorez menjadi pelarian sebelum ditangkap di Sepanyol pada 2015. Dia dibawa ke AS pada Mei 2018 dan mengaku bersalah pada September tahun lalu. - Reuters

 ??  ?? ELOREZ
ELOREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia