Harian Metro

Alita ubati hati kecewa

-

Selepas dunia imaginasi ‘distopia’ menerusi francais filem Divergent dan Maze Runner, aktres, Rosa Salazar, 33, sekali lagi muncul dalam Bird Box di saluran Netflix.

Kejayaan Bird Box yang mencatat 45 juta tontonan pada minggu pertama tayangan bukan saja mengangkat pelakon utamanya, Sandra Bullck hingga menjadi buah mulut malah Rosa turut terkena tempiasnya.

“Saya berasakan seperti pernah berada di situ dan melakukann­ya. Bird Box peluang keemasan bagi saya kerana dapat bekerjasam­a dengan idola saya, Sandra.

“Pun begitu, saya kecewa kerana banyak babak yang saya lakukan dalam Bird Box tidak digunakan, lantas kurang mendapat perhatian ramai walaupun sudah buat sehabis baik,” katanya.

Bagi menebus kekecewaan, dia mengambil peluang melalui filem terbaru, Alita:

Battle Angel yang menggunaka­n gerak lakon dan suaranya sebagai latar utama.

Melalui Alita, Rosa turut menyampaik­an mesej kepada segelintir ahli politik yang bersetuju mahu membina tembok pemisah di sempadan Amerika

Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia