Harian Metro

Kendal makan hati

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Siapa kata ‘mak cik bawang’ Malaysia bermulut pedas? Di Hollywood, ‘mak cik bawang’ mereka nampaknya lebih ‘ganas’.

Itu terbukti apabila Kendall Jenner mengakui terluka dengan kecaman netizen di media sosial.

Baru-baru ini, Kendall berkongsi gambarnya dan merungut mengenai jerawat yang tumbuh di wajahnya.

Bukan simpati yang diterima, model Victoria’s Secret yang juga bintang realiti TV, Keeping Up With The Kardashian­s itu dikecam hebat oleh netizen.

Dalam satu temu bual bersama media antarabang­sa, Kendall mendedahka­n, dia menangis selama beberapa hari kerana terlalu kecewa dan sakit hati.

“Kata-kata mereka sangat melampau hingga saya menangis selama beberapa hari. Ia sangat menyakitka­n.

“Saya kena jadi lebih kuat untuk berdepan perkara sebegini,” katanya.

Selebriti berusia 23 tahun itu turut mengakui walaupun bergelar selebriti dan hidup dalam dunia glamor, dia masih lagi sama seperti orang lain.

“Jangan salah faham kerana saya juga manusia biasa. Saya ada perasaan dan apa yang dikatakan oleh netizen itu sangat melukakan hati saya,” katanya.

Tambahnya lagi, kecaman netizen yang bersifat negatif itu mampu memusnahka­n hidup seseorang jika tidak dikawal.

“Saya rasa, ia bukanlah satu perkara yang baik dan sihat buat mental seseorang.

“Jika difikirkan terlalu mendalam setiap komen itu, ia boleh merosakkan hidup seseorang,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama Kendall berdepan situasi dan kecaman netizen terutama berkaitan masalah kulit dialaminya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia