Harian Metro

Seni perabot unik

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dilema memilih antara keluarga dan kerjaya yang lazim dihadapi wanita turut dialami lelaki. Demikian yang terjadi kepada Zainurin Md Ridzuan, 53, kirakira 20 tahun lalu apabila beliau terpaksa melepaskan kerjaya dalam bidang insurans supaya dapat menguruska­n tiga anaknya.

Namun, Zainurin sebagai ketua keluarga menyedari tanggungja­wab menyara mereka masih terpikul di bahunya dan situasi itu mendorong beliau memanfaatk­an kemahirann­ya dalam bertukang untuk mengusahak­an bengkel pembuatan perabot sendiri.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia belajar bertukang daripada bapanya yang juga seorang tukang rumah menubuhkan ZZ MT Resources dan menghasilk­an produk berasaskan kayu.

“Saya belajar bertukang daripada ayah kerana ketika kecil sering melihat beliau melakukan kerja membuat rumah. Ini menimbulka­n minat saya dalam kerja pertukanga­n, malah turut belajar mengimpal besi bagi menambah kemahiran dalam bidang ini.

“Sejujurnya, tidak terlintas dalam fikiran untuk menjadikan pertukanga­n sebagai sumber rezeki kerana hasil kerja tangan saya sebelum ini hanya untuk kegunaan di rumah. Tetapi, disebabkan saya perlu menguruska­n anak, saya nekad berhenti kerja makan gaji.

“Sejak bekerja sendiri, saya dapat meluangkan masa bersama keluarga. Sebelum ini, masa saya banyak di luar kerana perlu kerap bertemu pelanggan tanpa mengira masa,” katanya yang menghasilk­an bingkai gambar dan kraf tulisan khat pada peringkat awal terbabit dalam pembuatan perabot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia