Harian Metro

Vintaj, mewah

-

Biarpun digayakan ringkas, apartmen mewah di tengah kota raya Manhattan, Amerika Syarikat ini tetap kelihatan elegan dan menawan.

Kediaman dua bilik di Four Seasons Private Residences itu dihias pereka dalaman New York, Magdalena Keck menggunaka­n perabot berjenama dan palet monokrom bagi menghasilk­an konsep yang minimum.

Magdalena bijak memanipula­si ruangan berkeluasa­n 1,500 kaki persegi itu dengan menekankan fungsi tingkap besar, siling tinggi, dinding simen dan lantai kayu oak yang bercorak tulang ikan.

Dinding berwarna putih, perabot dengan kemasan monokrom dan cahaya semula jadi yang banyak masuk mewujudkan kombinasi menghasilk­an ruangan luas seperti galeri.

Monokrom dipilih untuk membangkit­kan ruangan berlatar belakang rona pucat dan ia disokong gabungan reka bentuk kontempora­ri, vintaj, mewah dan khas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia