Harian Metro

‘Melukis’ wajah

-

Sebut saja nama Syedewa, tentu ramai pengikut dunia solekan yang mengenali anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini. Tidak kira menerusi alam maya atau pernah berjumpa secara terus, majoriti yang pernah melihat hasil tangan jurumekap artis ini pasti kagum dengan bakat luar biasa yang ada padanya.

Agak mengejutka­n apabila bercerita mengenai latar belakang diri Syed Mohamad Fahmi

Syed Shabthar, 31. Ketika ramai prejudis terhadap kerjaya sebagai jurumekap artis, Syed Mohamad Fahmi bangga dengan perjalanan karier yang ditempuhi sejak lebih 10 tahun lalu.

Pernah bercita-cita menjadi doktor, dia nekad mempersiap­kan diri mengikuti pengajian

Ijazah Sarjana Muda

(Teknologi Kimia) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tidak lama kemudian, Syed Mohamad Fahmi menukar citacita. Dia sukakan eksperimen dan mahu membina kerjaya sebagai penyelidik, pensyarah dan saintis. Berikutan itu, dia mempersiap­kan diri dengan mengikuti pengajian sarjana dalam bidang genetik di universiti sama.

Namun perancanga­n Tuhan melebihi segalanya. Ketika berhempas pulas di universiti, Syed Mohamad Fahmi aktif mengambil bahagian dalam teater dan tarian. Di situlah, dia mula mengenali dunia solekan dan membina karier yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan kariernya dalam bidang solekan, Syed Mohamad Fahmi berkata, ketika kecil dia memang suka mewarna dan melukis namun tiada bakat istimewa dalam seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia