Harian Metro

Terapi minda

-

Sibuk bekerja bukan alasan untuk wanita ini mengehadka­n minatnya bercucuk tanam. Kebetulan memiliki laman yang luas, sisi dapur lapang dan tepi rumah berkeluasa­n sesuai untuk tanaman pasu, Nor Aini Othman, 40, teruja memiliki kebun dapur sendiri.

Kata eksekutif kewangan ini, dia percaya setiap orang memerlukan sumber terapi terbaik untuk membantu diri mengurangk­an tekanan selepas seharian menghadap kerja di pejabat.

“Rutin harian wanita bekerja mungkin tidak banyak berbeza. Saya sendiri ke pejabat awal pagi dan pulang sekitar jam 5.30 petang. Biasanya, pagi memang sibuk menguruska­n anak bersiap ke sekolah.

“Selesai urusan anak, saya akan curi sedikit masa untuk menyiram dan berbual dengan tanaman. Rutin sama saya amalkan di sebelah petang apabila pulang dari pejabat. Sebelum masuk ke rumah, saya akan siram dan belek pokok terlebih dulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia