Harian Metro

‘bidang solekan menyeronok­kan’

- DARI MUKA 51

“Lukisan dan warna bukan kepakaran diri, sebaliknya saya hanya minat (kedua-duanya). Itu pun tidaklah pandai sangat. Solekan dan mewarna adalah berbeza. Jika pandai mewarna, belum tentu hebat menyolek wajah.

“Apa yang pasti, saya suka melihat wanita cantik dan bagaimana mereka mengenakan mekap. Jadi, apabila masuk universiti dan aktif dalam teater serta tarian, saya curi kesempatan untuk belajar menata wajah.

“Saya mula menyolek rakan dan mencedok pengalaman sedikit demi sedikit. Menariknya, saya bukan sekadar merias wajah untuk nampak cantik, tetapi perlu kreatif menghasilk­an solekan kesan khas bagi menghidupk­an watak orang tua dan kanak-kanak.

“Selepas itu barulah saya asah bakat dan kemahiran dalam mencantikk­an wajah. Soal kelengkapa­n tidak jadi masalah kerana semuanya disediakan pihak universiti. Pokok pangkalnya hanya diri sendiri yang mahu mencuba atau tidak,” katanya.

TIDAK DIRANCANG

Berkali-kali juga Hati cuba mendapatka­n kepastian Syed Mohamad Fahmi berhubung punca mengapa dia nekad mengubah citacita daripada seorang doktor, penyelidik, kemudian saintis, namun akhirnya berjaya sebagai jurumekap artis serta pengusaha produk kosmetik.

Bagaimanap­un, setiap kali jugalah lelaki ini menjelaska­n apa yang diraih hari ini berlaku tanpa dirancang. Ia sekadar peluang kecil yang datang dalam hidup, tetapi memberi kesan besar kepada perjalanan kariernya.

“Kalau diteliti balik, semua ini berlaku tanpa dirancang. Saya bermula pada umur 20 tahun.

Saya menyolek kawan di universiti, terbabit dengan kerja kahwin dan banyak membantu kenalan melengkapk­an pakej untuk butik pengantin mereka.

“Mana tahu, muncul peluang untuk tampil di majalah. Ketika itu barulah saya serius dalam industri ini. Saya dipanggil untuk mekap wajah selebriti, artis dan pelakon. Antara yang terawal bekerjasam­a adalah Kaka Azraf.

“Walaupun demikian, saya tidak pernah melupakan cita-cita menjadi doktor. Tamat pengajian dalam bidang Kimia, saya masih menyimpan cita-cita bergelar penyelidik dan saintis. Saya sangat sukakan subjek Kimia,” katanya.

Sehebat mana pun dirinya merangka perjalanan, Syed Mohamad Fahmi tidak dapat menolak keinginan untuk memiliki impian tersendiri. Cintanya kepada dunia penyelidik­an dan kerja eksperimen membuahkan lebih banyak idea.

“Saya mula terfikir untuk menghasilk­an wangian, mekap dan produk kosmetik. Memandangk­an ramai yang kata bersolek itu susah, jadi saya mahu buktikan kepada semua, ia sebenarnya mudah.

“Ternyata bidang solekan ini menyeronok­kan.

Banyak yang boleh diteroka. Sejak dulu bidang solekan dipandang remeh. Ada masanya, ia langsung tidak dipandang orang.

“Hakikatnya dunia solekan cukup menarik. Sedar atau tidak, bidang ini sebenarnya luas. Kalau betul caranya, tidak sukar untuk sesiapa pun mencipta haluan dan kejayaan,” katanya.

Kini Syed Mohamad Fahmi berjaya membuktika­n jalan yang dipilih tidak sia-sia. Kerjaya jurusolek membawa lelaki ini jauh ke depan. Dia bukan lagi sekadar jurusolek tetapi berjaya mengeluark­an jenama produk sendiri.

“Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Saya menjadi jurusolek artis, personalit­i media sosial, pengusaha produk dan aktif melakukan kerja promosi di sana sini untuk terus bersaing dalam industri.

“Cabaran masa dan kewangan tetap ada di mana-mana. Pada masa sama, saya juga terpaksa berdepan persepsi orang. Ramai yang tidak senang apabila kita berusaha melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.

“Selebihnya adalah pengurusan kewangan itu sendiri. Saya perlu bijak berbelanja, berjimat dan menyimpan untuk mengembang­kan perniagaan pada masa depan,” katanya.

KERJA BERPASUKAN

Kata Syed Mohamad Fahmi, tidak lengkap peta kerjayanya tanpa sokongan orang di sekeliling. Dalam keadaan masa terhad dan komitmen yang menggunung, dia perlu akur waktu bukan ukuran terbaik untuk membanding­kan kemampuann­ya dengan orang lain.

“Saya percaya setiap orang mempunyai kemampuan, kebolehan dan kapasiti tersendiri. Perbezaan sebegini tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan kejayaan masa depan.

“Umpamanya, tidak semua orang boleh bekerja 12 atau 18 jam sehari. Semuanya perlu mengikut kemampuan masing-masing. Walaupun pembahagia­n masa penting, ia tidak dapat mengatasi pentingnya perancanga­n dan kerja berpasukan.

“Saya bersyukur kerana dikeliling­i orang yang mampu menjadi tulang belakang. Mereka banyak memberi dorongan dan semangat. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat melaksanak­an kerja dengan cepat, tangkas dan cekap.

“Hendak membahagik­an masa bukan lagi satu masalah kalau kita ada pasukan yang bagus. Setiap pengusaha syarikat perlu ada perancanga­n yang baik dan pelaksana yang boleh membantu menggalas tanggungja­wab dengan berkesan. Alhamdulil­lah, semuanya lancar setakat ini,” katanya.

Biarpun demikian, kata Syed Mohamad Fahmi, dia masih belum puas kerana banyak lagi impian, citacita, misi dan visi yang belum dicapai. Dia mahu membuka butik kosmetik sendiri, mengekspor­t kosmetik ke luar negara, membantu anak muda mengembang­kan bakat dalam bidang solekan atau perniagaan serta berkongsi banyak perkara dengan masyarakat umum.

“Saya sukakan bidang solekan dan mahu terus berada dalam industri ini untuk suatu jangka masa yang lama. Jika tidak menyolek orang sekalipun, saya mahu membimbing dan mengajar orang untuk bersolek.

“Saya mahu kembangkan perniagaan dan mendidik pengguna mengenai cara solekan yang betul. Buat masa ini, kepuasan baru 50 peratus. Banyak yang perlu diperbaiki. Selagi saya belum cukup menyumbang kepada masyarakat, keluarga dan kawan, selagi itulah kepuasan itu belum tercapai,” katanya.

 ??  ?? SYED Mohamad Fahmi mahu menyumbang kepada masyarakat berkaitan bidang solekan.
SYED Mohamad Fahmi mahu menyumbang kepada masyarakat berkaitan bidang solekan.
 ??  ?? SYED Mohamad
Fahmi ketika sesi berkongsi pengalaman
bersama pengunjung di ruang pameran Kluster 5 di Ekspo Muafakat
Kedah pada Februari tahun lalu.
SYED Mohamad Fahmi ketika sesi berkongsi pengalaman bersama pengunjung di ruang pameran Kluster 5 di Ekspo Muafakat Kedah pada Februari tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia