Harian Metro

Belai tubuh di rumah

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Membelai tubuh tidak seharusnya di pusat rawatan kecantikan atau spa saja. Faktor masa, kekangan wang dan jarak untuk ke spa ada waktunya menjadikan kita malas untuk keluar. Apa lagi jika hari itu tidak berteman.

Sesekali, tidak salah jika melakukan semuanya sendiri di rumah. Tentu sekali ia jauh menjimatka­n dan anda boleh menikmati hari santai yang lebih panjang berbanding di spa.

Usah bimbang dengan penyediaan bahan kerana tidak semua rawatan memerlukan penyediaan ruang dan perkakas khusus. Memadai dengan persediaan kecil seperti tuala, mandian, pupur atau skrub, bergantung kepada jenis rawatan yang sesuai dengan keperluan tubuh.

Pilih sehari pada hujung minggu dan nyalakan lilin beraroma menenangka­n. Pasangkan muzik kegemaran dan cuba beberapa tip mudah berikut untuk ketenangan minda dan tubuh.

Anda boleh mulakan dengan penjagaan wajah terlebih dulu, diikuti rendaman kaki, mencuci rambut dan akhiri dengan rendaman tubuh. Sediakan tuala secukupnya supaya anda tidak perlu berulangal­ik dalam keadaan basah.

1. PENJAGAAN WAJAH

Cuci wajah menggunaka­n produk penjagaan wajah yang sesuai dan urut perlahanla­han. Gunakan peranti khusus jika ada. Selesai membersihk­an wajah, campurkan jus lemon bersama kuning telur. Adunan ini sesuai untuk merawat wajah dan mengurangk­an kesan cela dan parut.

Anda boleh juga mengadun skrub wajah dengan mencampurk­an beras yang dikisar halus dengan susu. Gunakan rawatan ini seminggu sekali atau mengikut keperluan.

Rujuk petua orang lama. Mereka mempunyai banyak resipi sesuai untuk amalan penjagaan menggunaka­n bahan alami. Ketahui manfaat setiap bahan yang anda gunakan sebelum mencuba.

2. RENDAMAN KAKI

Sediakan air suam dan letak dalam besen. Rendaman kaki sangat mudah dibuat. Ia hanya memerlukan garam bukit dan beberapa titis minyak aromaterap­i. Merendam kaki dengan garam bukit boleh membantu melancarka­n peredaran darah, membuang toksin, mengelakka­n jangkitan virus dan bakteria, melegakan sakit otot, sakit sendi, rasa sengal, kekejangan dan lesu akibat penat bekerja seharian.

Campurkan lima sudu garam ke dalam air suam dan nikmati rendaman selama kira-kira 30 minit. Gunakan tuala kecil untuk membersihk­an celah jari kaki dan mengurut tumit. Anda juga boleh gunakan beberapa sudu garam bukit sebagai skrub kaki. Biarkan seketika sebelum membilasny­a dengan air bersih.

3. RAMBUT

Rambut sihat tidak kering di bahagian hujung, nampak berkilau dan lembut. Namun, pendedahan kepada matahari, rutin bertudung dan penggunaan pelbagai produk pewarna boleh merosakkan rambut serta menjejaska­n kulit kepala.

Campurkan minyak kelapa dengan limau purut. Gunakan adunan ini untuk mengurut kulit kepala dan membelai rambut hingga ke hujung. Lakukan selama 15 minit dan balut seketika dengan tuala yang direndam dengan air suam.

Cuci rambut menggunaka­n syampu bersesuaia­n dan bilas dengan air sejuk.

Pastikan kulit kepala bebas daripada lebihan minyak. Gunakan perapi dan balut kepala dengan tuala sementara anda menikmati rendaman tubuh.

4. MANDIAN

Ada banyak jenis mandian yang boleh anda nikmati di rumah. Mandi susu, aura bunga, garam, terapi limau, kopi, rempah dan sebagainya. Wanita moden kini mungkin lebih sukakan mandian yang dicampur dengan titisan minyak aroma terapi. Namun, jangan pandang rendah pada khasiat alami.

Sebenarnya, mandi mempunyai manfaat besar untuk tubuh.

Cara mandi yang betul dan teratur berupaya membantu melancarka­n perjalanan darah, menaikkan seri dan menyegarka­n tubuh.

Perlu diketahui bahawa mandi dengan air suam atau sejuk memberikan kesan berbeza. Air suam akan membuatkan kita tenang, sementara air sejuk boleh membangkit­kan semangat. Jika anda melakukan rawatan di sebelah pagi, disarankan untuk mandi dengan air sejuk. Air suam pula sesuai untuk siang dan malam.

Campur air mandian dengan susu dan sedikit bunga-bungaan untuk merawat kulit kusam dan menaikkan seri wajah. Gunakan air mandian bercampur garam dan sedikit titisan aroma terapi untuk merawat tubuh yang lesu dan kepenatan.

Nikmati mandian bersama limau purut atau lemon untuk kesegaran tubuh dan tenaga berpanjang­an. Gosok tubuh secara perlahan menggunaka­n tuala kecil untuk membersihk­an daki dan sel kulit mati. Bilas tubuh dari rambut ke kaki dan nikmati sapuan losen kesukaan dengan aroma menenangka­n.

Anda boleh menikmati hari santai dengan selesa

 ??  ?? ADUN resipi sesuai untuk merawat wajah.
ADUN resipi sesuai untuk merawat wajah.
 ??  ?? HIDUPKAN suasana spa dalam kamar.
HIDUPKAN suasana spa dalam kamar.
 ??  ?? CUCI rambut selepas rawatan alami.
CUCI rambut selepas rawatan alami.
 ??  ?? RENDAMAN kaki dengan garam bantu lancar peredaran darah.
RENDAMAN kaki dengan garam bantu lancar peredaran darah.
 ??  ?? MANDIAN bunga dan limau membangkit­kan aura seri.
MANDIAN bunga dan limau membangkit­kan aura seri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia