Harian Metro

Portal wanita moden celik media sosial

-

warna menarik iaitu putih, merah jambu, hitam dan biru kelasi. Koleksi ini juga sesuai dijadikan hadiah buat mereka yang sukakan kilau gemerlapan batu kristal dalam gaya minimalis. Bagi memperkuku­hkan jenama platform digital pertama Media Prima Berhad (MPB) Hijab & Heels dalam kalangan kakitangan MPB sendiri, satu acara berkonsepk­an Glam Party diadakan di lobi Balai Berita NSTP Berhad. Ia bagi menarik perhatian dan memberitah­u kakitangan terutamany­a wanita mengenai kewujudan portal yang berkonsepk­an trend gaya hidup terkini, tip fesyen, makanan dan kecantikan sama ada dalam bentuk artikel atau video.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya promosi jualan tudung, demonstras­i solekan, pemakaian inai serta pusingan roda bertuah.

Menurut Ketua Jabatan Gaya Hidup Wanita Vertikal NSTP, Fadzlena Jafar, portal yang dilancarka­n pada Januari 2018 lalu, diwujudkan bagi menarik minat wanita yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas kepada kehidupan seharian.

“Di sinilah tempatnya wanita boleh mengikuti trend terkini dan cara bagaimana mencapai keyakinan diri lebih tinggi dan motivasi yang betul untuk berubah.

“Kami akan memberi pandangan dan nasihat yang terbaik untuk mereka dalam menghadapi perubahan ini dengan jayanya,” katanya.

Antara kandungan dalam seksyen yang disediakan portal ini seperti kecantikan dan fesyen, kesihatan dan kecergasan, kekeluarga­an, makanan dan libur di dalam portal gaya hidup berkenaan.

Menyasarka­n wanita Islam berusia antara 18 hingga 45 tahun daripada pelajar, eksekutif sehingga pekerja profesiona­l serta suri rumah, Hijab & Heels melengkapi keperluan harian wanita moden yang celik media sosial.

Tambahnya lagi untuk 2019, pelbagai program menarik dirancang membabitka­n aktiviti sama ada berbentuk hiburan bermakluma­t seperti fesyen dan kecantikan serta bengkel.

“Sepanjang 2019, kami merancang pelbagai program menarik antaranya bengkel i-skil hijab&heels, pencarian figura serta seminar keibubapaa­n yang menyediaka­n pelbagai informasi menarik kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut layari www.hijabnheel­s.com.

 ??  ?? TABURAN butir kristal bak kerdipan
bintang di galaksi.
TABURAN butir kristal bak kerdipan bintang di galaksi.
 ??  ?? AKTIVITI menarik sempena Glam Party anjuran Hijab&Heels.
AKTIVITI menarik sempena Glam Party anjuran Hijab&Heels.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia