Harian Metro

Adik, Abang Tawan Padang

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Pasangan adik beradik yang beraksi dalam

Liga Malaysia (Liga-M) bukanlah suatu perkara yang baharu, sebaliknya sudah lama ada sejak tahun 70an hingga kini.

Nama-nama legenda seperti - Hanapiah Ali, Khalid Ali dan Zainal Abidin Hasan; Lim Teong Kim dan Lim Chuan Chin; Ali Bakar dan Isa Bakar; Namat Abdullah dan Shaharuddi­n Abdullah - adalah antara puluhan pemain adik beradik yang pernah mewarnai Liga-M sama ada sebelum era profesiona­l mahupun semi-pro.

Di zaman milenium ini, kehadiran pasangan adik beradik ini tetap meriah dan mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan yang mengenali kelompok pemain ini, ataupun ada juga yang tidak menyedari pemain yang digemari mereka sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan pemain lain.

Siapa tidak kenal dengan pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak yang kini menjadi tulang belakang kepada kekuatan skuad Harimau Malaya ketika ini.

Aidil yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala adiknya, Zaquan yang menyertai Kedah musim ini sebenarnya lahir dari bakat pembanguna­n Negeri Sembilan sebelum kedua-duanya berhijrah ke pasukan lain seperti Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) pada 2012.

Selepas semusim bersama skuad The Gladiators, pasangan kembar berkenaan terus melebarkan karier dengan menyarung jersi JDT dan Zaquan kemudianny­a memilih haluan berbeza pada 2017 untuk mewakili Perak, Kuala Lumpur dan Kedah.

Selain pasangan itu, adik beradik yang mempunyai darah kacukan iaitu Natxo

Insa dan Kiko Insa turut menghangat­kan suasana Liga-M dengan keduaduany­a bersama JDT.

Natxo, bekas tonggak Villarreal di LaLiga Sepanyol adalah nadi yang menghidupk­an jentera tengah skuad Harimau Selatan sejak dua musim lalu.

Sementara adiknya, Kiko yang bertindak di bahagian pertahanan dilimembin­a hat mampu benteng pertahanan ampuh bersama beberapa tonggak lain Aidil, Mauricio Nascimento dan Fadhli Shas.

Daripada dua contoh adik beradik berkenaan, terdapat dua pasangan yang bermain di posisi sama iaitu di bahagian tengah.

Bekas ketua pasukan skuad bawah 23 tahun, Irfan Fazail dan Afiq Fazail adalah dua pemain yang beraksi di jentera tengah dengan Irfan mewakili JDT II, manakala adiknya Afiq bersama JDT I.

Selain itu, terdapat juga pemain adik beradik yang mengalami nasib berbeza misalnya Failee dan Faizat Ghazli.

Failee yang pernah mencipta nama ketika beraksi dengan Perak pada 2012 ketika ini tenggelam dan hilang daripada radar dalam saingan musim ini apabila kali terakhir menyaksika­n musim lalu dia beraksi untuk MOF FC di Liga FAM atau divisyen tiga liga tempatan.

Adiknya, Faizat akan terus beraksi bersama PKNS FC buat musim kedua kendalian Datuk K Rajagobal yang mempertaru­hkan hampir 60 peratus tenaga muda pada musim ini.

 ??  ?? ZAINAL Abidin Hassan
AIDIL Zafuan
ZAINAL Abidin Hassan AIDIL Zafuan
 ??  ?? NATXO Insa
NATXO Insa
 ??  ?? KHALID Ali
KHALID Ali
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia