Harian Metro

Messi kaut RM38j sebulan

 Bintang Barca terima gaji paling tinggi

- Agensi

Berdasarka­n kepada senarai yang dikeluarka­n majalah L’Equipe, bintang Barcelona, Lionel Messi menerima gaji tertinggi berbanding semua pemain bola sepak dunia apabila dia dikhabarka­n membawa pulang £7.3 juta (RM38.5 juta) sebulan, manakala penggempur Juventus, Cristiano Ronaldo menerima £4.1 juta (RM21.6 juta).

L’Equipe yang diterbitka­n di Perancis, mendedahka­n laporan tahunan mereka berhubung gaji tertinggi dalam sukan bola sepak dan bukan sesuatu yang menghairan­kan apabila melihat angka yang diterima Messi dan Ronaldo sering mendominas­i carta setiap tahun.

Senarai 10 pemain yang menerima gaji tertinggi itu diambil daripada Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A dan Ligue 1 manakala tidak seorangpun pemain Bundesliga yang berjaya menduduki senarai berkenaan.

Ronaldo yang memasuki tahun pertamanya di Juventus, menduduki tangga kedua dengan gaji lebih separuh daripada apa yang diterima sensasi Argentina terbabit.

Tonggak Atletico Madrid dan pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Antoine Griezmann menduduki tangga ketiga selepas mendapat gaji £2.9 juta (RM15.3 juta).

Neymar di tangga keempat dengan £2.7 juta (RM14 juta) manakala rakan sepasukan Messi di Barcelona, Luis Suarez melengkapk­an senarai lima teratas dengan gaji £2.5 juta (RM13 juta).

Pemain antarabang­sa Wales, Gareth Bale di tangga keenam dengan gaji £2.2 juta (RM11.6 juta) dan dia adalah satu-satunya wakil tunggal Real Madrid dalam kelompok 10 teratas.

Barcelona memiliki tiga wakil dan selain Messi serta Suarez, Philippe Coutinho menduduki tangga ketujuh dengan gaji £2 juta (10.5 juta) sejak berpindah dari Liverpool awal tahun lalu.

Pemain Liga Perdana Inggeris yang menerima gaji tertinggi ialah penyerang Manchester United, Alexis Sanchez yang membawa pulang £1.99 juta (RM10.47 juta) sambil Kylian Mbappe menerima gaji £1.5 juta (RM7.91 juta).

 ??  ?? MESSI di tempat teratas senarai 10 penerima gaji tertinggi.
MESSI di tempat teratas senarai 10 penerima gaji tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia