Harian Metro

Emery ‘kalis’ kritikan AKSI PENENTU CITY

- AFP

London: Unai Emery percaya beliau tidak akan terjejas dengan segala kritikan yang dilemparka­n peminat ke atas skuad kendaliann­ya ketika ini dan yakin Arsenal akan kembali mempamer kebangkita­n pada perlawanan menentang Huddersfie­ld, malam ini.

Anak buah Emery bertandang ke Huddersfie­ld dan mereka mahu menggunaka­n kemenangan ke atas kelab terbawah liga itu untuk mengatasi kemarau kejayaan di tempat lawan - masalah yang menyaksika­n mereka gagal menang di luar Stadium Emirates sejak 25 November.

Penyokong Arsenal tidak gembira dengan prestasi pasukan ketika tewas 1-3 kepada Manchester City minggu lalu dan mereka beranggapa­n Emery masih belum berupaya mengatasi masalah yang ‘diwarisiny­a’ daripada Arsene Wenger.

Tetapi andai memperoleh tiga mata di Huddersfie­ld, ia akan membolehka­n Arsenal kekal dalam pemburuan ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas aksi di Yorkshire, Arsenal akan bertandang ke

Belarus untuk bertemu BATE Borisov dalam perlawanan timbal balik Liga Europa.

Penyingkir­an Arsenal daripada Piala FA bermakna mereka mendapat rehat agak panjang dan selepas itu, mereka akan menanti kunjungan Southampto­n serta Bournemout­h.

Pesaing yang menduduki empat tangga teratas, Chelsea pula akan menentang Manchester City tengah malam esok sebelum melayan Tottenham.

Pasukan di tangga kelima, Manchester United pula terpaksa bermain di kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain sebelum bertemu Liverpool, hujung bulan ini.

Justeru, Arsenal tidak boleh menyalahka­n pihak lain andai terpaksa menduduki tangga lebih bawah berbanding ketika ini apabila Februari berakhir nanti.

“Saya akan mengkritik diri sendiri terlebih dulu sebelum membiarkan orang lain mengkritik saya,” kata Emery. “Itulah cara kerja saya selama ini.

“Kami memiliki peluang untuk berada dalam kelompok empat teratas tetapi ia bukan mudah. Sebulan lalu, kami mendapat peluang itu. Kami memang baik di tempat sendiri tetapi kami juga perlu hebat di gelanggang lawan.

“Kami pernah bermula baik di tempat lawan dan kini, kami perlu bangkit dengan keyakinan tinggi untuk kembali menang di luar Emirates. Saya harap ia akan bermula dengan menentang Huddersfie­ld.” - AFP

London

Manchester City berdepan ujian sebenar dalam usaha mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Inggeris apabila dijadualka­n berdepan Chelsea, tengah malam esok.

Kemenangan City ke atas Everton pertengaha­n minggu ini membolehka­n mereka memintas Liverpool menerusi kelebihan jaringan, sekali gus meningkatk­an tekanan ke atas skuad kendalian Jurgen Klopp.

Selepas dua seri, Liverpool tidak lagi boleh melakukan sebarang kesilapan apabila menanti kunjungan Bournemout­h di Anfield.

Pep Guardiola tampil mencabar Manchester City untuk membuktika­n bahawa mereka mampu untuk terus berada di puncak dengan mengalahka­n Chelsea di Stadium Etihad.

Selepas berjaya memintas Liverpool walaupun pada satu ketika ketinggala­n tujuh mata di belakang, City kini berada di tangga teratas walaupun lebih satu perlawanan berbanding Reds.

Tetapi, ketika Liverpool bermain 24 jam lebih awal, Guardiola sedar City tidak ada pilihan kecuali menang ke atas pasukan di tangga keempat, Chelsea.

“Ujian terbesar kami sudah tiba. Chelsea berada dalam kedudukan baik kerana mereka memiliki tempoh tujuh hari untuk menyiapkan pasukan bagi perlawanan ini,” kata Guardiola.

“Ia boleh dianggap aksi final buat kami. Jika kami berjaya menang, ia pasti melonjakka­n semangat juang kami semua.”

Ketika Chelsea berdepan masalah sebelum berjaya mengatasi Huddersfie­ld minggu lalu, skuad kendalian Maurizio Sarri itu pernah mengalahka­n City

2-0 di Stamford Bridge,

Disember lalu.

 Skuad Guardiola hadapi ujian

getir bertemu Chelsea

 ??  ?? THE Cityzens dicabar Guardiola untuk mengekalka­n kejuaraan.
THE Cityzens dicabar Guardiola untuk mengekalka­n kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia