Harian Metro

CHONG WEI KEMBALI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Sinonim dengan Terbuka Malaysia termasuk rekod 12 kali juara, jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka membuat penampilan semula di Terbuka Malaysia April depan, selepas terlepas beberapa aksi awal musim termasuk Seluruh England.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann apabila penyertaan bekas pemain nombor satu dunia itu akan diserahkan sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.

“Kalau berdasarka­n perancanga­n awal, dia akan mula bermain di Terbuka Malaysia. Sekiranya ada perubahan barulah kita akan membuat rombakan tapi setakat ini kita akan menyenarai­kan nama di Terbuka Malaysia,” kata Choong Hann ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, memang Chong Wei sendiri berhasrat untuk memulakan penampilan semula di Terbuka Malaysia selepas perancanga­n awal untuk ke Seluruh England tidak menjadi kenyataan.

“Memang dari mula lagi dia memberitah­u untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia, selepas tidak jadi untuk membuat penampilan sulung di Seluruh England.

“Pada masa sama kita juga bergantung kepada keselesaan dan pemeriksaa­n terakhir Mac ini. Jika doktornya di Taiwan memberi lampu hijau, kita berdoa agar semuanya berjalan lancar untuk Chong Wei beraksi di kejohanan antarabang­sa secepat mungkin,” katanya.

Chong Wei yang juga juara bertahan Terbuka Malaysia, sudah merangkul gelaran ini sebanyak 12 kali bermula 2004.

Dalam pada itu, Choong Han memberitah­u, pemain berusia 37 tahun itu akan menjalani latihan penuh bermula Isnin depan.

“Memang betul dia akan turun berlatih semula Isnin depan, namun jika dia memberitah­u dia masih perlukan rehat, semuanya terpulang kepada dirinya sendiri. Setakat ini kita akan cuba sedaya upaya agar dia mampu mengikuti latihan penuh dan intensiti program bergantung kepada penerimaan badannya. Dia lebih memahami sendiri tahap keadaannya sekarang.

“Mungkin kita akan mengubah program latihan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembang­an tahap fizikalnya,” katanya.

Kali terakhir Chong Wei beraksi di kejohanan antarabang­sa ialah di Terbuka Indonesia,

 Dijangka buat penampilan di Terbuka Malaysia, April nanti

Julai tahun lalu, namun dia terpaksa melupakan arena badminton seketika apabila disahkan menghidap kanser hidung tahap awal sehingga perlu menjalani rawatan selama empat bulan dan kini disahkan bebas daripada penyakit itu.

 ??  ?? PENYERTAAN Chong Wei akan diserahkan sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.
PENYERTAAN Chong Wei akan diserahkan sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia