Harian Metro

Dollah harap pemain tak kecil hati

-

pemain berasa terkilan, sebaliknya mereka perlu lebih bekerja keras untuk meyakinkan saya bahawa mereka yang sebelum ini tidak disenaraik­an dalam 18 pemain ini juga mampu memberikan yang terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan Terengganu FC di Stadium Darul Makmur malam ini, Dollah berkata, pemainnya diminta tidak bersikap terlalu selesa dengan kejayaan menewaskan Kuala Lumpur, minggu lalu.

Sementara itu, Dollah menafikan bekas penyerang import pasukan itu, Forkey Doe akan menyarung jersi skuad itu selepas dilihat menjalani latihan bersama Tok Gajah.

Katanya, kemunculan pemain kelahiran Liberia itu lebih kepada meningkatk­an tahap kecergasan selepas baru pulih daripada kecederaan kaki.

“Dia (Doe) datang berjumpa saya dan meminta izin untuk menjalani latihan bersama Pahang. Oleh kerana dia pernah bersama skuad ini musim lalu, saya membenarka­nnya. “Pada masa sama, Doe baru pulih daripada kecederaan kaki yang dialami ketika bersama Pahang musim lalu dan mahu meningkatk­an tahap kecergasan­nya.

“Tidak timbul Doe akan kembali menyertai Pahang musim ini kerana kami sudah memiliki lima pemain import dan aksi Liga Super juga sudah bermula 1 Februari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 28,000 tiket diperuntuk­kan pada aksi Liga Super antara Pahang dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Norlia Abdul Manaf berkata, pihaknya turut menyediaka­n satu kaunter khas wanita untuk memudahkan urusan pembelian tiket.

“Semua tiket mula dijual jam 10 pagi esok (ini) iaitu harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka).

“Tiada kenaikan harga tiket musim ini iaitu harganya masih sama seperti musim lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia