Harian Metro

MUSA fokus selesai isu tunggakan gaji

- Fairuz Zaidan dan Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: “Saya faham, masih ada beberapa individu (pemain) masih belum menerima tunggakan gaji dan kita akan semak segera,” akui Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari.

Adly yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas dakwaan bekas pemain Melaka United (MU), Azmi Muslim bahawa pemain itu masih mempunyai tunggakan gaji bulanan bersama MU.

Melalui status di Twitter terbaharun­ya, pemain pertahanan itu bertanya kepada Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFA) mengenai kata putus bagi menyelesai­kan tunggakan gaji dihadapiny­a.

Selain masih menunggu tunggakan gaji dari MU, pemain berusia 32 tahun yang kini beraksi dengan pasukan Perlis didakwa turut berdepan isu tunggakan gaji dari skuad Singa Utara.

Adly berkata, MU berdepan isu tunggakan gaji pemain yang berpunca daripada masalah pengurusan terdahulu.

“Sebab itu, sebaik kita mengambil alih kerajaan negeri, banyak isu berkaitan tunggakan gaji yang sebahagian besarnya sudah kita selesaikan.

“Tunggakan ini membabitka­n jumlah yang besar. Jika kita lihat tahun lalu, sebanyak RM1.3 juta diperuntuk­kan sebulan untuk membayar gaji pemain. Bagaimanap­un, kita berjaya mengurangk­an sehingga 38 peratus daripada jumlah terbabit sebulan mengikut kemampuan kita bagi mengharung­i liga musim ini,” katanya ketika ditemui di Seri Negeri, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Adly berkata, pengurusan baharu MUSA yakin isu mengenai

Kita jangkakan isu ini dapat dimuktamad­kan dalam tempoh sebulan dua ini”

Adly Zahari

tunggakan gaji bekas pemain akan dapat diselesaik­an selepas proses mengemas kini laporan termasuk soal penajaan.

“Kita jangkakan isu ini dapat dimuktamad­kan dalam tempoh sebulan dua ini. Kita yakin, dalam tempoh berkenaan, ia boleh diselesaik­an,” katanya.

Sementara itu, legenda bola sepak negara, Ramli Junit berkata, usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) amat positif ke arah penyelesai­an isu gaji tertunggak, namun perlu terus bertegas untuk memastikan situasi terbabit tidak berlarutan.

Bagaimanap­un, bekas pemain Olimpik 1980 itu menyaranka­n setiap pemain perlu lebih awal memantau isu tunggakan gaji mereka bagi mengelak ia berlarutan dan berpanjang­an sehingga mereka dikatakan terpaksa menjamu ‘mi segera’ dan berhutang bagi menampung kehidupan.

Katanya, kesedaran pemain mengenai hak ke atas kontrak amat penting, justeru mereka harus cepat bertindak sebaik sahaja gaji tidak dibayar pada bulan pertama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia