Harian Metro

‘Panas pun panaslah yob’

 Penyokong Perak ‘sambar’ tiket percuma

- Farah Suhaidah Othman sukan@nstp.com.my

Cuaca panas mencecah 34 darjah Celsius tidak menghalang penyokong The Bos Gaurus (TBG) beratur sepanjang lebih 100 meter demi mendapatka­n tiket percuma bagi menyaksika­n saingan Liga Super antara Perak menentang Kedah di Stadium Perak, di sini, malam tadi.

Sejak jam 9 pagi lagi ribuan penyokong sudah hadir untuk mendapatka­n tiket percuma di kaunter stadium di mana setiap seorang boleh mengambil tiga tiket.

Pesara kerajaan, Buyong Samad, 67, berkata, dia bergegas dari rumahnya sejak jam 9 pagi dan tiba di kaunter jualan tiket satu jam setengah kemudian.

Katanya, dia hampa sebaik dimaklumka­n sesi jualan tiket pada sebelah pagi sudah habis diedarkan.

“Bagaimanap­un, saya datang semula lepas solat Jumaat kira-kira jam 2.30 petang dan selepas beratur hampir dua jam berjaya mendapatka­n tiket untuk menonton perlawanan malam ini (tadi) bersama dua anak saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium Ipoh, di sini, semalam.

Fatin Adriana Azmi, 21, pula berkata, dia teruja untuk menyaksika­n perlawanan pasukan Perak dan tidak kisah beratur panjang di bawah terik matahari untuk mendapatka­n tiket percuma itu.

“Saya tengok Instagram pasukan Perak dan kerajaan negeri hendak beri tiket percuma, saya terus datang ke sini pada jam 10 pagi.

“Sedikit sedih apabila dimaklumka­n tiket habis, namun saya tidak berputus asa dan datang kembali untuk dapatkan tiket pada sebelah petang,” katanya.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar, Danial Hidayat Norahimi, 17, berkata, dia bersama rakannya menunggang motosikal ke Ipoh untuk menontong perlawanan itu.

“Memandangk­an cuti sekolah, saya dan kawan terus datang ke sini dengan izin ibu bapa untuk tengok perlawanan ini. Dapat pula tiket percuma,” katanya.

Sementara itu, Ikhwan Abd Malik, 41, berkata, dia jarang menonton perlawanan di stadium Perak berikutan bertugas di Kuala Lumpur, namun kesempatan bercuti sempena Tahun Baharu Cina digunakan untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan­nya Perak.

Katanya, dia tidak kisah beratur panjang kerana tidak selalu berada dalam kemeriahan bersama penyokong lain untuk menonton perlawanan itu.

“Alhamdulil­lah, walaupun terpaksa beratur dalam keadaan panas terik macam ini saya puas hati sebab dapat tiket percuma,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di stadium sehingga jam 5.30 petang mendapati ribuan penyokong sudah mula membanjiri pekarangan stadium bagi menantikan perlawanan itu.

Selepas beratur hampir dua jam berjaya mendapatka­n tiket untuk menonton perlawanan”

Buyong Samad Walaupun terpaksa beratur dalam keadaan panas terik macam ini saya puas hati sebab dapat tiket percuma”

Ikhwan Abd Malik

 ??  ?? SEBAHAGIAN penyokong Perak yang sabar menunggu di dalam cuaca panas terik untuk mendapatka­n tiket perlawanan.
SEBAHAGIAN penyokong Perak yang sabar menunggu di dalam cuaca panas terik untuk mendapatka­n tiket perlawanan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia