Harian Metro

Terpelanti­ng satu meter

-

32 tangkapan dan 23 rampasan.

Katanya, operasi berterusan membabitka­n pelbagai agensi termasuk kerjasama dan perkongsia­n maklumat dengan negara jiran dilaksanak­an bagi mengekang penyeludup­an termasuk kes dadah di pintu masuk utama seperti lapangan terbang dan terminal feri.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada orang awam supaya tidak terbabit dengan penjualan atau pembelian rokok tiruan dan minuman keras belum lulus Kastam kerana ia menyalahi undang-undang.

“Kita juga mengalualu­kan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludup­an di negeri ini supaya menghubung­i pejabat Kastam terdekat atau menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-8855,” katanya. Belaga: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang pemandu lori muatan minyak sawit yang terselamat walaupun tercampak satu meter dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan MurumBelag­a, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Sajili Kaderi, 55, parah di kepala, badan dan dada.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superinten­dan Brodie Brangka, berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan selepas mengisi minyak sawit di sebuah kilang berhampira­n lokasi kejadian.

Menurutnya, lori berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terbalik di dalam parit.

“Impak kuat daripada kemalangan itu menyebabka­n pemandunya terpelanti­ng satu meter ke dalam parit.

“Pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan berkenaan segera memaklumka­n kejadian kepada polis dan ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Asap untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil, namun perlu mendapatka­n pemantauan rapi pasukan perubatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an

Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

 ??  ??
 ?? V ?? MADRIM (tengah) menunjukka­n sebahagian rokok keretek seludup pelbagai jenama yang dirampas di Kampung Bubul Laut Semporna.
lelaki Tahan seorang
sedang warga Filipina
bungkusan punggah
rokok
V MADRIM (tengah) menunjukka­n sebahagian rokok keretek seludup pelbagai jenama yang dirampas di Kampung Bubul Laut Semporna. lelaki Tahan seorang sedang warga Filipina bungkusan punggah rokok
 ??  ?? LORI dipandu mangsa terbalik dalam parit .
LORI dipandu mangsa terbalik dalam parit .
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia