Harian Metro

RAMPAS ROKOK SELUDUP RM1J

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Tawau:

“Rampasan adalah rokok daripada jenis keretek dan rokok putih pelbagai jenama seperti Astro Merah, LA Premium, D & J dan Gudang Garam yang disyaki belum lulus kastam dengan nilai keseluruha­n RM95,000 manakala jumlah cukai RM786,000.

“Siasatan mendapati semua rokok terbabit tidak mempunyai dakwat keselamata­n, tiada setem hasil selain tiada amaran Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dikehendak­i mengikut Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2017,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber rokok diperoleh selain mengesan dalang utama kegiatan penyeludup­an rokok berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135

(1) (d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tak berkastam yang boleh dihukum di bawah

Seksyen 135 (1)(v)(a) akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang iaitu RM956,620 atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang iaitu RM1,913,240 atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarak­an selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau keduaduany­a,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sepanjang dua bulan pertama tahun ini JKDM Zon Sabah (termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan) merekodkan 45 kes rokok dan 12 kes minuman keras yang membabitka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia