Harian Metro

J

-

abatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas rokok seludup pelbagai jenama dianggarka­n bernilai hampir RM1 juta termasuk cukai dalam satu serbuan di Kampung Bubul Laut, Semporna, awal bulan ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Datuk Madrim Tasan, berkata rampasan itu dibuat susulan risikan pegawainya sebelum membuat serbuan di garaj sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan pada jam 2.30 petang, 1 Februari lalu.

Beliau berkata, ketika serbuan berkenaan, pasukan penguatkua­sa turut menahan seorang lelaki warga Filipina berumur 36 tahun yang sedang memunggah bungkusan rokok terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia