Harian Metro

DIBADAI

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

Dua guru pelatih dihanyutka­n selama sejam

setengah ketika berakit

Dua guru pelatih menempuh detik mendebarka­n selepas dihanyutka­n arus selama sejam setengah ketika menyertai aktiviti berakit di Kem Alapong, Lundu di sini kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5.10 petang ketika kedua-dua guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini, mengikuti Program Bina Insan di kem berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kedua-dua mangsa dipercayai melakukan aktiviti berakit apabila air pasang besar berlalu di lokasi kejadian menyebabka­n mereka hanyut.

“Berdasarka­n maklumat diterima, dua guru berkenaan dihanyutka­n air pasang besar hingga ke kawasan perairan Tanjung Pelanduk.

“Usaha menyelamat­kan dua guru yang hanyut itu oleh dua tenaga pengajar yang mengejar mereka menggunaka­n kayak juga gagal, apabila mereka tidak berdaya berkayuh balik kerana kepenatan akibat mengharung­i arus deras,” katanya.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi sebaik sahaja dihubungi kemudian menggunaka­n bot untuk menyelamat­kan mangsa dan membawa mereka ke tepi pantai.

“Semua mangsa tidak cedera, cuma kepenatan setelah lebih sejam mengharung­i detik cemas berdepan arus deras di lautan,” katanya.

bersalah dan ada yang minta dibicara,” katanya.

Katanya lagi, polis akan terus bertindak bagi meningkatk­an usaha membantera­s sebarang aktiviti perjudian tidak berlesen dan mengambil tindakan sewajarnya di negeri ini.

“Kita akan kerah semua pasukan untuk bergerak mengesan kegiatan perjudian ini dan menyeru orang awam supaya memberikan maklumat berhubung kegiatan ini.

“Orang ramai diminta tidak terbabit dengan kegiatan itu dan sekiranya dikesan terdapat sindiket menganjurk­an aktiviti mesin perjudian haram, boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang daripada dua guru IPG Kampus Batu Lintang yang hanyut ke kawasan laut Tanjung Pelanduk.
GURU yang diselamatk­an selepas hanyut.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang daripada dua guru IPG Kampus Batu Lintang yang hanyut ke kawasan laut Tanjung Pelanduk. GURU yang diselamatk­an selepas hanyut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia