Harian Metro

Tiga ditahan miliki senjata buatan sendiri

-

Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Imbak SJI Estet Kalabakan, Jalan Apas, dekat sini, pagi kelmarin.

Ia susulan maklumat risikan diterima sebelum sepasukan polis dari

Balai Polis Kalabakan menjalanka­n pemeriksaa­n di rumah berkenaan jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten

Komisioner Fadil berkata, pemeriksaa­n lanjut di bilik tidur suspek, polis menemui senapang buatan sendiri disimpan di atas siling bilik tidur berkenaan.

Katanya, siasatan awal terhadap suspek warga Indonesia berusia 46 tahun yang juga buruh ladang dan pemilik rumah terbabit mendedahka­n senjata bakakuk ditemui terbuang di kawasan belakang rumahnya pada Sabtu 26 Januari lalu.

“Suspek kemudianny­a mengambil dan menyimpan bakakuk itu di atas siling bilik untuk tujuan menghalau binatang buas di kebun miliknya selain menafikan mengenali individu yang membuang senjata api berkenaan.

“Dia juga mendakwa tidak pernah menggunaka­n senjata itu memandangk­an tidak memiliki peluru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fadil berkata, dua lagi rakan suspek yang masing-masing berusia 22 dan 24 tahun yang berada di rumah berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

 ??  ?? SENAPANG jenis bakakuk yang dirampas di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Imbak SJI Estet Kalabakan.
SENAPANG jenis bakakuk yang dirampas di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Imbak SJI Estet Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia