Harian Metro

Dua bekas peguam nafi pecah amanah, menipu

-

Dua bekas peguam mengaku tidak bersalah atas kesalahan pecah amanah dan menipu di Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Tertuduh Azman Karim, 49, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah membabitka­n wang RM330,000 yang diamanahka­n sebuah syarikat hartanah kepadanya.

Seorang lagi tertuduh, Angela Buntong Ubu, 53, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu berkaitan penjualan rumah membabitka­n kerugian RM44,629.

Azman didakwa menggunaka­n wang diamanahka­n Syarikat Stanzjaya Sdn Bhd untuk kegunaanny­a sendiri.

Mengikut fakta kes, Azman melakukan kesalahan itu pada 22 Julai 2013 di Tetuan Hamzah, Karim & Co Advocates, Solicitor & Syarie Counsels Blok 1, Lot 1, 88 Market Place, Lorong Pusat Komersil 88/1, Jalan Pintas, di sini.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Angela didakwa menyalah gunakan wang untuk pembelian rumah sebanyak RM44,629 milik pengadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia