Harian Metro

60 ditahan dalam 15 serbuan judi haram

-

Kota Kinabalu: Seramai 60 individu ditangkap dalam 15 siri serbuan membabitka­n kegiatan perjudian haram dalam Op Limau yang dilaksanak­an di Sabah sepanjang 1 Februari sehingga kelmarin.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, turut dirampas wang tunai RM71,000 dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tidak berlesen dianjurkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, ada pihak didapati menganjurk­an aktiviti perjudian sempena perayaan dan Op Limau dilancarka­n di seluruh negara bagi mengekang aktiviti itu.

“Hasil serbuan bermula 1 Februari lalu menahan 60 individu dalam 15 serbuan dan wang tunai RM71,000 dirampas,” katanya ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, kelmarin.

Omar turut berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah turut membantera­s kegiatan perjudian sepanjang 2018 dengan merekodkan pencapaian 799 serbuan berbanding 2017.

“PDRM Sabah merekodkan pencapaian mengekang kegiatan perjudian haram di Sabah dengan 799 serbuan dan 1,447 tangkapan serta wang tunai RM718,000 dirampas. “Tangkapan itu didapati meningkat berbanding 2017 dan daripada 799 serbuan itu, lebih daripada 50 peratus kes dituduh di mahkamah. Ada yang mengaku

604

serbuan

pada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia