Harian Metro

Impian kabur kerana OKU

-

Memiliki ijazah bukan jaminan mendapat kerja, apatah lagi bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Begitulah dilema Muhamad Azman Md

Agin, 24, yang mengakui lima kali menghadiri temu duga tetapi hasilnya ibarat masuk angin keluar asap.

Bekas graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sumber Manusia dengan kepujian itu mengambil keputusan memasuki Pusat Latihan Taman Cahaya selepas usaha mendapatka­n kerja sejak lebih setahun lalu belum berhasil.

Anak kedua daripada tiga beradik itu memasuki pusat itu iaitu satu-satunya institusi latihan orang buta di Sabah sejak tiga minggu lalu.

Muhamad Azman yang berasal dari Tawau dan mengalami masalah penglihata­n sejak kecil berkata, dia mengikuti pelbagai temu duga sama ada di sektor swasta dan kerajaan selepas tamat pengajian sejak 2017.

Lebih mengecewak­an, katanya, ada antara pihak tidak mahu memberi boranHg kAerRja nya kerana mendakwa cuma mahu calon sempurna.

“Selepas begitu lama menganggur, saya masuk ke sini dengan harapan dapat menimba kemahiran seperti mengurut, bertani, menggunaka­n dan menganyam.

“Saya baru belajar guna tongkat putih untuk orang buta. Di universiti, ada kemudahan disediakan tapi kami tak diajar guna cara betul,” katanya sambil memberitah­u pernah bercita-cita menjadi guru, namun impiannya terkubur kerana kekurangan diri.

 ??  ?? MUHAMAD Azman menunjukka­n ijazah dimilikiny­a.
MUHAMAD Azman menunjukka­n ijazah dimilikiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia