Harian Metro

PENYANGAK PECAH RUMAH

- Ryan Stanley am@hmetro.com.my

Polis Penampang menyelesai­kan beberapa kes sepanjang bulan lalu termasuk menumpaska­n Geng Boy Lembaga yang dipercayai terbabit sekurang-kurangnya empat kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini dan Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Harris Ibrahim berkata, dua ahli kumpulan itu iaitu lelaki warga tempatan berusia 20-an dan 30-an ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di Kota Kinabalu pada 29 Januari lalu.

“Geng Boy Lembaga ini ada beberapa kesalahan lampau membabitka­n aktiviti pecah rumah dan dua suspek terbabit direman untuk siasatan,” katanya di IPD Penampang, di sini, semalam.

Sementara itu dalam kes lain, polis Penampang turut menahan dua lagi lelaki di Kampung Minintod, dekat sini, selepas dipercayai terbabit kegiatan pecah rumah.

Dua kes pecah rumah berasingan itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Pada bulan lalu juga, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang menahan dua wanita yang dipercayai mencuri cincin milik majikan mereka.

“Dua suspek warga asing itu adalah pembantu rumah sambilan mangsa dan mencuri cincin itu ketika tuannya tiada di rumah,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dalam dua lagi kes berasingan bulan lalu, Mohd Harris berkata, tiga lelaki ditahan dengan dua daripadany­a terbabit kes samun manakala seorang lagi mencuri rim motosikal.

“Dua suspek yang melakukan

Geng Boy Lembaga ditahan, empat kes selesai

samun diberkas di Kampung Putatan serta Tombongan dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan manakala pencuri rim motosikal ditahan di Kepayan Point dan disiasat mengikut Seksyen 379A kanun sama,” katanya.

 ??  ?? MOHD Harris (kanan) menunjukka­n barang dirampas di IPD Penampang, semalam.
MOHD Harris (kanan) menunjukka­n barang dirampas di IPD Penampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia