Harian Metro

SATU LIANG LIMA KERANDA

 Lima sekeluarga maut dalam kemalangan ketika pulang dari majlis kenduri kahwin

- Helmy Abd Rahman, Hanneeyzah Bariah Baharin, Zatul Iffah Zolkiply dan Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

“Ketika tiba di selekoh itu saya memandang cermin sisi untuk pastikan kenderaan mereka ada di belakang dan terkejut melihat kereta itu terbabas lalu melanggar pokok.”

Demikian kata Wan Muhammad Rhaouf Wan Yusof, 29, selepas kehilangan sepupunya, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, yang maut bersama suami, Mohd Kharulinza­m Jusoh, 38, anak, Nur Khaira Aisyah sembilan bulan, ibu, Rozilawati Mustafa@Razali, 43, dan adik lelakinya, Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, dalam nahas jam 2.50 pagi, semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian dia dan tiga ahli keluarga berkonvoi pulang ke Kuala Terengganu dengan Nur Syaazlien sekeluarga dari menghadiri kenduri kahwin saudara mereka di Gua Musang, Kelantan, kelmarin.

Beliau yang tinggal di Kampung Durian Mas, Manir, di sini, berkata, mereka sempat singgah bersiar-siar di bandar Kota Bharu, Kelantan, sebelum bergerak pulang ke Kuala Terengganu jam 12 tengah malam.

Dalam perjalanan pulang katanya, mereka berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Merang, Setiu, dan ketika itu beliau melihat Mohd Kharulinza­m terlalu mengantuk lalu mengajakny­a berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya lihat dia terlalu mengantuk dan ajak dia tidur dahulu di stesen minyak itu. Tetapi dia tidak mahu kerana katanya hendak cepat sampai ke rumah sebab kena pergi kerja pagi ini.

“Kami meneruskan perjalanan dan ketika memandang cermin sisi sebaik tiba di selekoh di lokasi kejadian, saya terkejut melihat kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pokok,” katanya.

Beliau kemudian memberhent­ikan kenderaan dan berpatah balik ke arah kereta berkenaan sebelum menghubung­i polis untuk meminta bantuan.

“Ketika itu saya lihat mereka sudah tidak sedarkan diri dan dengan bantuan orang ramai kami mengeluark­an Muhammad Nashrullah daripada kenderaan yang remuk manakala yang lain dikeluarka­n dengan bantuan bomba,” katanya.

Wan Muhammad Rhaouf berkata, ketika di Gua

Musang, Nur Syaazlien dan Mohd Kharulinza­m mengajak mereka ke Cameron Highlands, namun dia enggan kerana bimbang kepenatan.

“Mereka berdua beriya-iya ajak saya dan isteri ke Cameron Highlands kerana mahu uji kenderaan Proton Wira terpakai yang baru dibeli tiga bulan lalu, tetapi saya tidak mahu dan ajak mereka ke Kota Bharu saja.

“Ini juga pengalaman pertama Mohd Kharulinza­m memandu jauh dan arwah kelihatan teruja sekali sepanjang kami berkonvoi bersama. Kejadian ini sangat menyentuh hati kerana mereka sangat rapat dengan kami dan sering melakukan aktiviti bersama,” katanya.

 ??  ??
 ?? Wan Muhammad Rhaouf ?? Saya lihat dia terlalu mengantuk dan ajak dia tidur dahulu di stesen minyak itu. Tetapi dia tidak mahu kerana katanya hendak cepat sampai ke rumah sebab kena pergi kerja pagi ini”
GAMBAR terakhir dimuat naik mangsa.
Wan Muhammad Rhaouf Saya lihat dia terlalu mengantuk dan ajak dia tidur dahulu di stesen minyak itu. Tetapi dia tidak mahu kerana katanya hendak cepat sampai ke rumah sebab kena pergi kerja pagi ini” GAMBAR terakhir dimuat naik mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia