Harian Metro

DETIK AIB

- lapor Norizuan Shamsuddin

Perubahan murung seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendedahka­n kisah hitam dia dan tiga lagi penghuni sebuah pusat anak yatim diperkosa dan dicabul oleh penjaganya. Suspek berusia 20-an dan merupakan suami kepada pemilik pusat berkenaan kini ditahan polis,

4 penghuni rumah anak yatim dirogol, dicabul

Sindiket penyeludup­an dan pemprosesa­n daging dan sisik tenggiling yang berselindu­ng di sebalik kilang dan gudang sekitar daerah ini dan Sepanggar sejak tujuh tahun lalu, berkubur apabila diserbu polis dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama pegawai JHL Sabah menemui puluhan tenggiling hidup, ratusan bangkai tenggiling beku, sisik tenggiling dan ribuan kotak berisi daging tenggiling dianggarka­n bernilai RM8.4 juta.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu bersama pegawai JHL Sabah melakukan serbuan di sebuah kilang di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, berikutan menerima maklumat kegiatan penyeludup­an dan pemprosesa­n daging dan sisik tenggiling secara haram.

“Hasil intipan dan serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan pemeriksaa­n menemui daging siap diproses serta beku dipercayai tenggiling disimpan dalam enam peti sejuk.

“Turut ditemui beberapa ekor tenggiling masih hidup dikurung dalam sangkar selain 10 guni mengandung­i sisik tenggiling.

“Pemeriksaa­n lanjut pada sebuah kereta Proton Persona menemui 35 ekor tenggiling masih hidup disimpan di bonet belakang dan dua guni plastik berisi sisik tenggiling serta alat penimbang digital,” katanya ketika sidang media, semalam.

Hadir sama, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga; Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji dan Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail.

Omar berkata, bertindak hasil maklumat dan soal siasat suspek, polis melancarka­n satu lagi serbuan di gudang penyimpana­n di Kampung Bontoi, Jalan Tamparuli, pada hari sama.

“Polis menemui tiga kontena yang dipenuhi kotak berisi daging tenggiling selain rampasan membabitka­n 61 tenggiling hidup dan sisik tenggiling seberat 361 kilogram.

“Selain itu, siasatan lanjut mendapati sebanyak 1,860 kotak berisi daging tenggiling beku dirampas dengan berat setiap kotak dianggarka­n seberat 15 kilogram. Turut ditemui dua kaki beruang dan empat bangkai beku disyaki keluang bakau.

“Tangkapan dan rampasan dianggarka­n hampir RM8.4 juta dibawa ke IPD Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek ditahan adalah pengurus kilang dan mula beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

“Semua haiwan ini dibeli suspek daripada pemburu haram dari seluruh negeri ini sebelum dihantar ke kilang untuk diproses.

“Polis tidak menolak kemungkina­n daging haiwan ini turut diekspot ke luar negara.

“Siasatan masih dijalankan termasuk mengesan individu terbabit dalam sindiket ini termasuk pemburu haram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997,” katanya.

Dalam pada itu, Augustine berkata, pihaknya belum membuat kajian menyeluruh mengenai populasi tenggiling di negeri ini.

“Setakat ini, kita hanya menjalanka­n kajian di Kinabatang­an dan lokasi tertentu yang dijadikan lokasi pemburu haram.

“Pada masa sama, kita sudah memindahka­n enakmen hidupan liar sedia ada di bawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar,” katanya.

 Polis, JHL buat rampasan RM8.4 juta

dalam serbuan ke atas dua premis

 ??  ??
 ??  ?? OMAR (kanan) bersama Augustine (tengah) menunjukka­n daging tenggiling beku yang dirampas di gudang penyimpana­n di Kampung Bontoi, Jalan Tamparuli.
OMAR (kanan) bersama Augustine (tengah) menunjukka­n daging tenggiling beku yang dirampas di gudang penyimpana­n di Kampung Bontoi, Jalan Tamparuli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia