Harian Metro

Bomba guna alat khas

-

Kuala Terengganu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBP) Terengganu menggunaka­n sejenis alat khas iaitu VRS 2000 bagi menaikkan Mitsubishi Storm yang menggelung­sur sebelum tenggelam di dasar Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan di sini, semalam.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penggunaan alat itu adalah yang pertama kali di negeri itu bagi menaikkan kenderaan dari dasar sungai.

“VRS 2000 adalah alat seakan pelampung yang boleh menanggung bebanan seberat dua tan bagi setiap satu unit.

“Ia dipasang pada bahagian bawah kenderaan depan dan belakang sebelum proses memasukkan udara dilakukan anggota yang berada di dasar sungai bagi mengapungk­an kenderaan itu hingga ke permukaan air.

“Sebaik kenderaan itu berada di permukaan air, ia ditunda ke jeti atau lokasi yang sesuai dan selamat untuk dinaikkan ke darat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Instruktor Latihan Pusat Gerakan Operasi JBPM Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Roslan Zakaria berkata, usaha menaikkan kenderaan seberat 1.5 tan itu sehingga ia timbul di permukaan air mengambil masa sembilan minit.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat bersiap sedia menggunaka­n peralatan khas untuk menarik kenderaan mangsa.
ANGGOTA penyelamat bersiap sedia menggunaka­n peralatan khas untuk menarik kenderaan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia