Harian Metro

TERJUN SUNGAI SELAMAT 2 NYAWA

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

“Tanpa memikirkan risiko, saya terus terjun ke sungai dan sempat menyelamat­kan dua wanita yang hampir lemas,” kata Omar Abdul Aziz Othman, 27.

Omar yang juga pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Terengganu adalah antara enam penyelamat yang nekad terjun ke Sungai Terengganu menyelamat­kan lima sekeluarga selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Bagaimanap­un, Omar dan empat yang lain selamat, manakala seorang pemancing, Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu dikhuatiri lemas.

Menurutnya, dia yang ketika kejadian bersama ahli keluarga nekad terjun ke sungai selepas mendengar jeritan meminta tolong.

“Ketika berenang, saya tengok mangsa (Abdul Bari) yang dikhuatiri lemas memegang seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan tenggelam timbul.

“Saya cuba menarik kanak-kanak terbabit daripada peganganny­a, tetapi gagal sebelum beralih menyelamat­kan dua wanita lain lalu membawa mereka hingga ke tebing,” katanya yang tinggal di Rusila, Marang.

Pada masa sama, katanya, pemancing lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian melemparka­n tong plastik kepada mangsa bagi menyelamat­kannya.

“Saya tidak pasti sama ada mangsa sempat mencapai tong berkenaan atau tidak kerana ketika itu dia dalam keadaan hampir lemas.

“Kanak-kanak perempuan terbabit pula diselamatk­an orang awam yang terjun ke sungai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Pegawai JPJ nekad bantu 5 sekeluarga

terjunam dalam sungai

Terengganu, Penguasa Bomba Mazimi Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diberhenti­kan jam 1.30 pagi dan disambung semula jam 8 pagi semalam.

“Kami menghentik­an operasi penyelaman kerana arus di dasar sangat deras.

“Bagaimanap­un pencarian di permukaan air diteruskan sehingga mangsa ditemui,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat menarik kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan.
KENDERAAN mangsa ditarik ke jeti. ORANG ramai menanti gerakan mencari Abdul Bari yang dikhuatiri lemas.
ANGGOTA penyelamat menarik kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan. KENDERAAN mangsa ditarik ke jeti. ORANG ramai menanti gerakan mencari Abdul Bari yang dikhuatiri lemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia