Harian Metro

DULU DIPUJA KINI MERANA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Bekas pemain bola sepak profesiona­l hidup gelandanga­n dalam kereta sejak lima tahun lalu

Di era kegemilang­annya selaku pemain bola sepak profesiona­l pada 1990-an beliau mampu meraih pendapatan RM6,000 sebulan dan menjalani kehidupan serba mewah.

Namun selepas 20 tahun berlalu, kehidupann­ya kini ternyata berubah daripada seorang pemain bola sepak terkenal kini menjalani kehidupan sebagai seorang gelandanga­n.

Itu nasib dilalui Anuar Arifin, 50, apabila bekas pemain Johor FA ini yang pernah menjulang Piala Malaysia dan Liga Perdana bersama skuad itu pada 1991, kini hanya mampu menjadikan keretanya tempat berteduh selepas tidak mampu menyewa rumah.

Segalanya bermula lima tahun lalu selepas anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu kehilangan kedua-dua ibu bapanya sebelum dihalau dari rumah sewanya disebabkan tidak mampu melunaskan bayaran bulanan.

Ketika ditemui di Chendor di sini, Anuar menceritak­an kesukaran yang dilaluinya apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bersara daripada bermain bola sepak pada 1997.

“Lepas bersara main bola saya ada berniaga jual ikan tapi berapalah sangat pendapatan yang saya dapat. Ketika masih bermain kehidupan saya mewah kerana menerima gaji yang besar.

“Namun kesilapan saya tidak mampu menguruska­n kewangan dengn baik ketika itu menyebabka­n kini menjadi gelandanga­n dan hidup tidak terurus,” katanya.

Bapa kepada dua anak ini memberitah­u, dia mula menjadikan kereta Proton Wiranya sebagai rumah sejak lima tahun lalu selepas tidak lagi mempunyai tempat tinggal.

Katanya, segala kelengkapa­n harian seperti pakaian digantung dalam kereta dan menjadikan tandas awam sebagai bilik mandinya.

“Bila malam saya akan bawa kereta di kawasan bawah jambatan atau kawasan parkir kereta untuk tidur. Duit harap ihsan kawan yang nak bagi,” katanya.

Anuar yang pernah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 1992 mengakui kegagalann­ya menyempurn­akan tanggungja­wab sebagai suami dan bapa menyebabka­n rumah tangga dibina berakhir dengan penceraian pada 2012.

“Dua anak lelaki saya berusia 15 dan 17 tahun kini dijaga saudara dan mereka juga tidak bersekolah,” katanya.

Anuar yang memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Piala Presiden Terengganu pada 1985 berkata, faktor kecederaan kaki kanannya pada 1995 memaksa beliau bersara awal.

Katanya, kecederaan yang menghantui­nya itu menyebabka­n dia tidak dapat bermain dengan cergas dan sering disisihkan pasukan sebelum mengambil keputusan bersara pada 1997.

Beliau yang pernah menyarung jersi skuad Pahang, Terengganu, Sarawak dan Melaka selain mengecapi kejayaan manis bersama Johor FA pada 1991 memaklumka­n kini melakukan kerja sambilan dengan pendapatan harian tidak sampai RM30.

“Saya kerja tolong kawan di premis snuker, boleh untuk tampung duit makan harian selain kawan turut bantu hulurkan duit jika tahu saya tiada wang,” katanya.

Bekas pemain tengah itu mempunyai harapan besar sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat membantu bekas pemain bola sepak yang kini hidup dalam keadaan daif sepertinya dengan mewujudkan pelbagai peluang menerusi pengalaman dimiliki mereka.

 ??  ?? ANUAR menyimpan kelengkapa­n harian di dalam keretanya ketika ditemui di Chendor.
ANUAR menyimpan kelengkapa­n harian di dalam keretanya ketika ditemui di Chendor.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANUAR (berdiri, dua dari kanan) ketika menyarung jersi pasukan Pahang.
ANUAR (berdiri, dua dari kanan) ketika menyarung jersi pasukan Pahang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia