Harian Metro

TENGGELAM TAK TIMBUL

-

 Dua lemas ketika berkelah bersama keluarga di Air Terjun Silibin

“Adik dan sepupu saya dikatakan terjun bersama ke dalam kolam air terjun berkenaan sebelum terkapai-kapai lalu tenggelam dan tidak timbul-timbul,” kata K Sukanya, 27, kakak kepada Guganeswar­an, 24, yang lemas di Air Terjun Silibin, Kawasan Perindustr­ian Silibin, Ipoh, petang kelmarin.

Sukanya berkata, adik bongsunya itu berkelah di kawasan rekreasi terbabit bersama keluarga ibu saudaranya.

Dia dimaklumka­n ketika kejadian, Guganeswar­an bersama V Vikneshawa­ran, 20, serta dua lagi ahli keluarga ke kawasan kolam air terjun berkenaan untuk mandi.

Menurutnya, adik dan sepupunya itu kemudian terjun untuk mandi manakala dua lagi ahli keluarga tidak terjun. Namun sebaik kedua-duanya berada di dalam air mereka dilihat seperti sukar berenang serta terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang.

“Ahli keluarga yang lain kemudian menghubung­i pihak berkuasa untuk bantuan namun operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran susulan lokasi air terjun itu yang terletak jauh dari jalan utama.

“Kami sekeluarga yang menetap di Johor hanya dimaklumka­n mengenai kejadian yang menimpa Guganeswar­an kira-kira jam 7.30 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh semalam.

Sukanya berkata, dia bersama ibu bapa serta seorang lagi adiknya kemudian bergegas ke Ipoh dan sampai pada jam 3 pagi.

Menurutnya, adik bongsu daripada tiga beradik itu sebelum ini bekerja di Singapura namun sudah berhenti dan menetap di rumah ibu saudaranya di Ipoh sejak tiga bulan lalu sementara menunggu tawaran kerja baharu.

“Kali terakhir saya berjumpa adik tiga bulan lalu sebelum dia ke Ipoh untuk tinggal sementara waktu bersama ibu saudara.

“Kehilangan Guganeswar­an amat terkesan buat ibu dan bapa saya kerana dia anak kesayangan mereka, namun kami sekeluarga menerima takdir yang berlaku,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dua pemuda yang juga sepupu ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Silibin.

Mayat Guganeswar­an, dan Vikneshawa­ran ditemui 7.30 malam kelmarin di kedalaman dua meter air terjun berkenaan oleh pasukan bomba yang menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pasukan bomba turut dilaporkan berdepan kesukaran untuk membawa keluar kedua-dua mangsa susulan lokasi air terjun berkenaan yang curam serta memerlukan pendakian. Operasi membawa keluar mangsa hanya selesai 12.05 tengah malam kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia