Harian Metro

Kelar tangan ‘curi’ perhatian suami

-

Kelar tangan semata-mata untuk menarik perhatian suami. Itu tindakan pelik seorang wanita yang mencederak­an dirinya apabila menganggap suami tidak mengendahk­annya kerana sibuk melayan pelanggan ketika berniaga di Jalan Sultan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun berkenaan mengelar dua ‘tempat’ pada tangan kirinya sekali gus menyebabka­n pendarahan agak serius.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata ketika kejadian suami kepada wanita berkenaan dikatakan berniaga alat dan aksesori telefon pintar di lokasi.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 10.56 sebelum lima petugas dari APM Kuala Lumpur bergegas ke lokasi untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Wanita itu mengalami dua luka terhiris pada tangan kirinya dipercayai mengelar diri sendiri. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM memberikan bantuan awal kepada wanita terbabit.
ANGGOTA APM memberikan bantuan awal kepada wanita terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia