Harian Metro

‘MEMBIMBANG­KAN’

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Memang membimbang­kan kerana ada dadah jenis baharu yang bukan saja membabitka­n orang biasa, tetapi anak muda kita di bawah usia 18 tahun.

Itu ulasan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gejala penagihan syabu membabitka­n remaja berusia 13 hingga 18 tahun seperti dilaporkan akhbar ini, semalam.

Kata beliau, pihaknya mengambil langkah berterusan dalam membantera­s penagihan dadah menerusi beberapa perancanga­n diputuskan dalam mesyuarat dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

begini tidak sihat, tetapi apapun kita ada rancangan untuk menangani masalah itu. Tetapi yang tidak kurang penting ialah tanggungja­wab ibu bapa dalam soal ini.

“Kami baru bermesyuar­at baru-baru ini yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri dan kita bentangkan cadangan.

“Jadi masalah yang saudara sebut itu antara yang diberi perhatian,” katanya selepas pertemuan bersama Jawatankua­sa Bahagian BERSATU dan pengerusi Pusat Daerah Mengundi serta ketua kampung di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam, mengenai pendedahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkaitan jumlah penagih syabu dalam kalangan remaja antara yang tertinggi iaitu 3.2 peratus.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah mendedahka­n berdasarka­n rekod daripada 2014 hingga Oktober tahun lalu, sebanyak 13,000 daripada 21,000 penagih menghisap syabu dengan 3.2 peratus daripadany­a adalah remaja.

Dianggarka­n 45 peratus daripada penagih muda ber- kenaan mengambil syabu di seluruh negara dan ia disebabkan beberapa faktor.

Antaranya harga syabu boleh didapati dengan mudah iaitu RM100 setiap satu gram.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Muhyiddin

Menteri tegas kerajaan ada perancanga­n untuk menanganin­ya

 ?? Muhyiddin Yassin ?? Trend begini tidak sihat, tetapi apapun kita ada rancangan untuk menangani masalah itu. Tetapi yang tidak kurang penting ialah tanggungja­wab ibu bapa dalam soal ini”
Muhyiddin Yassin Trend begini tidak sihat, tetapi apapun kita ada rancangan untuk menangani masalah itu. Tetapi yang tidak kurang penting ialah tanggungja­wab ibu bapa dalam soal ini”
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia