Harian Metro

1,719 murid, pelajar dikesan cuba bahan terlarang

-

berkata, pihaknya akan memutuskan pengganti Ketua Polis Negara dan timbalanny­a yang tamat kontrak tahun ini.

“Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dalam waktu terdekat kerana tempoh bersara hampir tiba,” katanya. Hanya 0.38 peratus bilangan murid dan pelajar terbabit dengan najis dadah berdasarka­n ujian air kencing dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 2016 hingga 31 Disember lalu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Mohd Jamil Mohamed berkata, bilangan pelajar dan murid dikesan mencuba dadah adalah 1,719 individu setakat tahun lalu.

“Daripada jumlah itu 1,614 dikesan mencuba dadah berdasarka­n ujian AADK dan 105 tangkapan oleh PDRM. Ada dua pendekatan pelaksanaa­n Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

“Pendekatan pertama adalah pendekatan pencegahan dilaksanak­an sepanjang tahun di sekolah secara implisit melalui kokurikulu­m dan pembanguna­n sahsiah, selain menerusi penubuhan Jawatankua­sa PPDa di setiap sekolah serta mata pelajaran kesihatan.

“Pendekatan kedua adalah intervensi iaitu program terhadap murid ponteng, merokok dan berisiko dadah atau bahan terlarang dilaksana secara kaunseling atau temu bual oleh AADK / PDRM,” katanya.

Menurut Jamil, murid yang didapati positif melalui ujian urin atau tangkapan perlu terbabit dengan program intervensi, dipantau dan menjalani sesi bimbingan serta kaunseling oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing.

 ??  ?? MOHD Jamil
MOHD Jamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia