Harian Metro

Beli kit ujian air kencing kesan salah laku anak

-

“Ibu bapa boleh menjalanka­n ujian air kencing (pengambila­n dadah syabu) terhadap anak di rumah dengan membeli kit ujian air kencing dijual di farmasi.

“Dengan cara ini, lebih mudah mengesan sama ada anak kita terbabit najis dadah atau tidak,” ujar Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd.

Menurutnya, langkah itu tidak hanya diletakkan pada bahu polis atau

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Sekurang-kurangnya jika hasil ujian positif, ibu bapa boleh ambil langkah seterusnya menghantar anak ke pusat pemulihan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, beliau menyaranka­n supaya kempen perangi dadah secara besar-besaran dihentikan kerana ia membazir wang.

Beliau yang dihubungi memberitah­u, pendekatan secara kempen tidak lagi relevan dan berkesan memandangk­an ia tidak memberi kesan jangka panjang serta menyeluruh.

“Kita perlu tangani salah guna najis dadah terutama dalam kalangan pelajar dan remaja secara serius kerana masalah ini semakin membimbang­kan. Kempen saja tidak cukup.

“Selain ibu bapa, guru adalah insan paling tepat menyalurka­n maklumat mengenai bahaya dadah kepada pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu ada sedikit ilmu untuk disampaika­n kepada mereka (pelajar),” katanya.

Menurut Yunus, ujian air kencing secara berkala juga penting bagi menangani masalah dadah dalam kalangan pelajar yang semakin membimbang­kan bukan hanya di bandar, malah luar bandar.

 ??  ?? YUNUS Pathi
YUNUS Pathi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia